Saturday, June 11, 2011

Sweet-sweet love story

Salam ceria semua.

Ceh, aku sahaja nak mengimbau kisah sweet-sweet love story yang pernah aku saksikan dulu. Actually aku nak buat ini dalam bentuk cerpen tapi kan.. huhu... Aku ni kan payah nak buat cerpen-cerpen yang sweet macam tu. haha.. Oh ok.. aku tak romantik. Huhu..

Time tu, aku pergi ke shopping complex di Kuantan. Erm.. biasalah waktu tu zaman sekolah lagi tau. Rasanya aku dalam form 4. So aku keluar dengan rerakan ok. HUhU.. Biasalah budak-budak sekolah, lepas makan, main bowling and then jalan-jalan.. Erm.. aku cari novel sebenarnya. Usha novel kat situ. Tiba-tiba pandangan aku terpaku pada satu pasangan kekasih kot.. Aku tak sure la kalau dia dah kahwin.

Entah kenapa, aku rasa tertarik dengan pasangan ni. Diorang duduk atas bangku, alah macam pasangan kekasih lain cuma gadis tu OKU dan lelaki tu teramatlah hensem gila bapak.. haha..aku tengok lelaki tu sweet gila layan perempuan tu. Bukan macam abang dengan adik. Tapi macam kekasih. Diorang tengah kongsi ais krim Mcdonalds. Comel giler. Dan lelaki tu macam tak kisah akan fizikal perempuan tu.

Kejap-kejap aku tengok diorang ketawa, kejap-kejap senyum. Aiseh, jeles aku. huhu.. dah la pakwe dia hensem, baik.. dan berdasarkan kasut yang dia pakai, aku rasa lelaki tu anak orang kaya.. haha
Oh ok.. aku dapat petua ni dari kawan aku.. Nak tengok lelaki kaya atau tak.. tengok je kasut dia. kalau mahal, kaya la tu. haha.. Boleh pakai ke pendapat ni? haha

Asyik aku tengok pasangan tu, bF aku tegur aku.

" A***, tengok apa tu?"

" Err.. takde tengok apa-apa.. Just penat pikir nak beli ke tak novel ni."

Dan-dan je aku belek buku kat situ. Mr bF buat muka pelik. Dan baru aku perasan yang aku dah pegang buku bahasa mandarin. haha.. tak sedar, rupanya dalam ralit aku duduk memerhati tu, aku beralih dari rak novel ke rak buku bahasa mandarin.

Untuk cover malu, aku dan-dan je cakap,

" Err.. dah lama tak belek buku mandarin. Rindu nak belajar balik."

Nasib baik la aku ada basic mandarin dulu. Bolehlah mengcover malu. haha..Kantoi tengah usha mamat tu dengan awek dia.
Mr bF sengih-sengih. aku berlalu ke arah rak novel melayu.Dan Mr bF tak habis-habis mengusik.Huhu..

Sampai sekarang aku ingat peristiwa sweet couple tu. Aku harap diorang still bersama la.. Maybe dah kahwin kot.. huhu
Erm.. aku pun nak pakwe macam tu. yang kisah paras rupa atau kekurangan pasangan dia.. haha..Mr bF.. awak pun okay jugak.. kahkahkah..

Okay, jadi teori yang mengatakan cinta tak mengenal paras rupa tu betul la. Cantik itu sangat subjektif. Yeah!

1 comment:

Anonymous said...

Pengalaman sendiri ke ni?

Pages