Sunday, June 26, 2011

Life is somehow unpredictable...

Hye all,


Nothing much to say. Just want to mention about I'm not going to post any new entry starting tomorrow. Well, I have other things to do and of course I need to concentrate on that. I'm kinda busy this week. Hurm..


Maybe next time but  I'm unsure about that. So sorry.. I'm still working on mini cerita Miskinkah Cinta Itu? and I hope I'll post that entry as soon as possible.. okay dear.. Don't miss me.. haha..


Well.. I'm going to sleep right now.. and have a nice day? haha

Saturday, June 25, 2011

Finally, SKH updated!!!

Hye all, 

Finally Novel Siapakah kekasih hatiku? telah berjaya diupdate. Oh okay.. Actually, dah lama nak update but still, aku macam teragak-agak nak update. Hurm, well cerita ni dah jadi sangat complicated dan aku sedikit cuak dengan penerimaan pembaca-pembaca setia novel ini.

Thanx semua sebab sudi baca karya Hazel yang memang banyak kekurangan ni. Oh well, this is my first e-novel. So, I hope you all like it.. haha
Well, I have been writing this novel for over 3 years ago but still this e-novel in the making of..
Well, I admit, writing is not as easy as reading. You can put all negative comments towards the pieces, but do you know how hard the writer take to write the entry....
Opps sorry..Tiba-tiba tertaip broken english pulak.. haha

But still, I hope you guys enjoy this pieces and feel free to put some comments.. Ok.. ignore sahaja broken english ni ok.. haha

Dah jadi mat salleh celup pun ada..

Thursday, June 23, 2011

Straightly fall in love..

Salam semua,

Aku sebenarnya baru sahaja kebah dari demam tapi tak sepenuhnya lagi. Masih ada sisa sakit kepala ketika entri ini aku taip. Sengaja aku taip ayat jiwang sebagai tajuk entri kali ini. Entahlah, kebelakangan ni aku rasa macam sedih semacam saja. Mungkin emosiku kurang stabil kerana  teetttt.. Erm.. tak perlulah aku menjaja cerita hidupku serata dunia kan? Haha..

Straightly fall in love? Apakah itu? Entahlah, aku sendiri pun tak tahu mengapa aku membangkitkan isu cinta cintun malam ni. Mungkinkah dah sampai seru untuk aku tulis novel cinta yang sweet ? Yalah, aku asyik tulis entri enovel yang sedih-sedih.

Hish tak remaja betul kan. Taip enovel sedih-sedih macam orang kecewa putus cinta saja kan haha.. Oh okay.. Mungkin saya patut tulis cinta sweet-sweet pula berbanding kisah sedih macam siapakah kekasih hatiku?

Tapi secara serius, apakah yang anda rasa ketika jatuh cinta? Susah nak gambarkan perasaan jatuh cinta ni. Satu lagi, soalan yang selalu berlegar-legar dalam benak fikiran aku ini, macam mana anda declare cinta anda?
Adakah sekadar mengucapkan three magic words? Atau guna cara lain? Bagaimana?

Kadang kala, aku rasa cinta itu, adalah perasaan suka yang diperam menjadi sayang sehingga menimbulkan perasaan ingin hidup bersama yang aku panggil cinta. Pernahkah anda semua jatuh cinta? Maksud aku straightly fall in love?

Situasi yang aku lihat dalam drama swasta dalam televisyen, di mana si lelaki akan jatuh cinta pandang pertama dengan si gadis dan berusaha memikat dan meng'stalker' aktiviti si gadis sehingga si gadis akhirnya jatuh cinta dengannya atau sebaliknya. Betulkah semua itu wujud?

mungkin ya dan mungkin tidak.
Eh, aku rasa macam dah lari tajuklah pula. Tak apalah. Mungkin sebab keadaan aku yang masih lagi tak berapa nak sihat ni. Okay..
I'm going to sleep and have a nice day... haha

Tuesday, June 21, 2011

Demam, sakit tekak and batuk..

Assalamualaikum semua,

Semalam aku dah postkan mini cerita miskinkah cinta itu part 3 kat blog tinta. Well, setakat ni ramai yang membaca. Aku tak sure la boleh update entri baru ke tak esok atau hari ni. Almaklumlah, buat masa ni, aku diserang selesema, batuk dan sakit tekak. Mujur tak demam je.. Huhu

Maybe, takkan menulis satu hari ni. nak rehat je kot..Nak gi klinik rasa dah malas. Semalam cik hana dah pesan tidur pakai stokin dan minum banyak air suam. HAHA.. i'm touched.. miss hana. Sayang juga dia kat I.. opps dah tergedik pulak..

Saja aku tak bagitau Mr bF.. nanti dia membebel.. So, baik jangan bagi tau.. haha..okay.. nak pergi berehat. Kalau dah elok sikit, maybe boleh sambung part 4. Novel SKH.. dah start buat entri baru.. cuma belum post lagi. tengok la.. still nak edit-edit ..
tengok lah macam mana..
 Hurm.. dah lama tak post SKH kat penulisan2u.. haish.. macam banyak je kerja nak buat. huhu..

dah la.. nak berehat dulu.. okay.. till next time..
tata and assalamualaikum..

Saturday, June 18, 2011

Hari abah, aku dan kerja

Salam semua,

Aku buka planner hari ni, hurm..Hari bapa bakal menjelang tiba. Esok hari bapa dan aku masih lagi di hostel. Tak boleh nak balik sebab kerja banyak lagi yang tak siap. So, Hari bapa tak boleh nak disambut.
Kawan-kawan pun dah ramai beransur pulang ke rumah. Namun aku masih di sini. Hurm, tak boleh jadi ni, kena siapkan kerja and then balik rumah cepat, cepat..

Ceh, bila duduk sorang-sorang macam ni, mula la rindu menggila nak balik rumah.Agaknya apa yang abah dan mama buat hari ahad ni? hurm.. Really miss them..
Mama selalu kata aku anak abah. Erm maybe ye la kot, sebab aku memang manja dengan abah.. Aku rasa kalau Mr bF nak masuk meminang kena interview kaw kaw dengan abah dulu.. Lepas tu kena buat physical training guling-guling atas jalan tarr.. baru boleh approve kot.. haha

By the way, abah bekas Tentera laut.  bila tulis entri macam ni, mula la nak sedih-sedih tahap gaban. hurm.. rindunya..
Serius aku rasa nak balik sekarang jugak.. tapi oh kerja kenapa la kamu menimbun?

dah la nak siapkan kerja. novel Siapakah kekasih hatiku dan mini cerita miskinkah cinta itu tak siap lagi. nak habiskan.. haha
ok, mood writing datanglah..  tengah-tengah sedih ni elok juga kalau taip cerita sedih.. huhuu ada feel sket..

ok tata

mini cerita- Miskinkah cinta itu?

Salam semua,

Actually aku ak boleh nak tidur malam ni. entahlah, maybe sebab dah terlalu lam tidur petang tadi kot. Penangan ubat batuk yang aku makan tadi la kot sebab tu walaupun jam menginjak ke angka 2 pagi, aku still segar. Langsung tak mengantuk.

So, malam-malam yang indah ni, erm... aku ingat nak sambung entri novel la. Tiba-tiba ada ilham kan. Tadi baru sahaja aku post mini cerita yang baru kat blog tinta. tajuknya  Miskinkah cinta itu?. Entah la, mula-mula just nak buat cerpen je. Lagi lama aku taip, dah nak jadi novel la pulak.

So, aku decide cerpen tu jadi mini cerita je. Satu cerpen yang terlalu panjang yang aku divide menjadi beberapa bahagian. So, jadilah mini cerita. Aku tak tahu la nak panggil novella or apa, tak sure pasal term dia so, just letak mini cerita pun okay apa kan..

aku baru je tukar layout blog yang baru. Warna suram-suram ala gelap ni. Entah la. aku pun tak tahu kenapa aku tukar layout kaler macam tu. haish..

Dah la.. makin lama aku tulis, makin mengarut pulak. So, aku just nak tumpukan kepada mini cerita.. haha

Friday, June 17, 2011

batuk, dan blogwalking..

Salam semua,

apa khabar? harap sihat selalu la ok. Hari ni aku batuk dan sakit tekak, jadi mood nak menulis tu tak berapa nak ada. So, lepas makan ubat batuk, aku tidur je la. Bangun tadi, dah okay sikit, so online la sebab nak tahu perkembangan blog semasa.

Baca punya baca, terjumpalah satu blog kristian. Well.. kita kan ada blog islamik.. diorang pun ada jugak buat blog kristian. Aku just buat blogwalking kat satu blog islamik and then bila aku check kat chat box ada link untuk gi kat satu blog. ye lah.. dah time aku blogwalking kan.. so aku klik dan nampak blog tu.. Ada tulis jesus and benda lain.. so, terus aku tutup.

Erm entahlah. aku tak sure nak cakap apa. Just kalau nak blogwalking ni, kene la jaga-jaga. Bukan semua blog tu okay.. ada jugak yang isinya tak berapa elok untuk budak umur 18 tahun ke bawah. Ada yang pasal politik melampau dan ada juga sensitiviti agama..

Dah terlalu mengarut ni.. haha.. nak blogwalking kat blog lain la plak..

Wednesday, June 15, 2011

contengan jalanan,Hlovate- bukan sekadar novel biasa.

Salam semua.

Aku tak tahu nak tulis apa kebelakangan ni. Yalah, aku kan suka mengarut kan.Baru-baru ni aku asyik berbalas emel dengan Mr. bF. Takkan la aku nak ceritakan pasal Mr bF pulak. Rasa macam tak patut la pulak kan. So, why not aku cerita sket pengajaran apa yang aku dapat dari novel Hlovate?

Rasanya kalau peminat novel, especially enovel kalau tak baca karya Hlovate, mesti weird kan? haha.. Opps sorry. Aku suka novel Hlovate. Setiap kali aku baca novel Hlovate, walaupun tak selaju aku baca novel Ramlee Awang Murshid atau Hanni Ramsul. Aku still baca jugak.

Walaupun aku tak paham, mengenai seni dan muzik. X games and what so ever. Aku still baca novel tu. Setiap perkataan yang dicoretkan dalam novel tu terutamanya setiap penghabisan babak bagaikan satu kata-kata semangat buat aku.

Currently, aku baca contengan jalanan. tak habis pun lagi. Well, aku sebetulnya tak faham apa semua tu. But membaca karya Hlovate memberikan aku peluang untuk meneroka dunia baru. Well, aku menulis juga enovel. so aku perlukan maklumat tambahan baru ni.

Currently, aku buat research mengenai bidang perkapalan. Well, maybe someday.. boleh la aku buat watak hero yang pergi belayar always. haha.biasanya hero kan selalunya pekerja korporat. anak orang kaya dan kerja kat syarikat bapak sendiri.

mengenai novel Hlovate tadi. aku just nak cakap.Novel Hlovate maybe tak gunakan bahasa-bahasa indah selalu, but aku boleh katakan Hlovate menulis secara sempoi. Ayat tak terlalu berbunga-bunga dan straight to the point. Walaupun aku tak faham sesetengah perkara dalam novel tu but still jalan ceritanya aku faham.

Aku rasa pendedahan mengenai X games and jamming tu memang interesting. Maybe, Hlovate is part of it. payah untuk orang yang bukan seni untuk memahami secara mendalam mengenai Hlovate ceritakan itu.
So, bacalah novel Hlovate. haha

novel lain, aku tak baca lagi.  but still i'm working for it.

Salam sayang from
Hazel adriana

Sunday, June 12, 2011

Suka baca emel awak, Mr bF!

Salam ceria semua.


Senyuman aku ceria je hari ni walaupun jam dah menginjak ke pukul 1.30am. Well, sebab apa? Bukan sebab terengganu menang bola. Tak betul.. Tak betul...
Sebab Mr bF dah hantar emel. Yay!


Sweet je emel dia. Tetiba aku blushing je bila baca emel Mr bf. Kuikuikui. Aish, budak bawah umur jangan buat macam ni kat rumah ye. Perangai aku dah gedik semacam ni haha..Opps.. ok..aku tak buat lagi.


Aku tengok lagi emel dia. Panjang macam cerpen.. hish.. hyperbola la pulak. Apa-apa pun, happy gila ni. Rasanya macam nak letak je gambar Mr bF kat blog. haha Err.. boleh ke?


Tapi kan tak patutlah . Buat apa nak show off benda yang belum tentu jadi milik kita kan? hurm..eleh sebenarnya aku tak mahu orang tengok dia.. Nanti korang jatuh cinta. his.. tak boleh.. tak boleh.. haha


Ok Mr bF, jangan jatuh cinta dengan perempuan dekat china atau egypt tau. Promise.. Ramai lagi orang Malaysia.. haha Kan aku ada.. haha


Ok, still..
Err.. I like ur nickname.. Cute.. ^^ (dah blushing ni.. ) haha


Asyik dengar lagu ni je.. suka la.. haha.. 


penyanyi asal Ne yo, One in a million.. Cover najwa latif. Well suara dia sedap..
Mr bF, this is for you.. haha



Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the boys I've been with
Things I've seen it takes much to impress
But sure enough you go it makes your soul stand up from all the rest

I can be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
All the boys don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million boys around but I don't see no one but you

boy you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

You're not a regular boy
You don't give a damn about your look
Talking about I can't do it for you
But you can do it for yourself
Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it
All we do is win baby

I could be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain

Whatever you do it's working
All the boys don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million boys around but I don't see no one but you

Baby you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
boy you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Saturday, June 11, 2011

Sweet-sweet love story

Salam ceria semua.

Ceh, aku sahaja nak mengimbau kisah sweet-sweet love story yang pernah aku saksikan dulu. Actually aku nak buat ini dalam bentuk cerpen tapi kan.. huhu... Aku ni kan payah nak buat cerpen-cerpen yang sweet macam tu. haha.. Oh ok.. aku tak romantik. Huhu..

Time tu, aku pergi ke shopping complex di Kuantan. Erm.. biasalah waktu tu zaman sekolah lagi tau. Rasanya aku dalam form 4. So aku keluar dengan rerakan ok. HUhU.. Biasalah budak-budak sekolah, lepas makan, main bowling and then jalan-jalan.. Erm.. aku cari novel sebenarnya. Usha novel kat situ. Tiba-tiba pandangan aku terpaku pada satu pasangan kekasih kot.. Aku tak sure la kalau dia dah kahwin.

Entah kenapa, aku rasa tertarik dengan pasangan ni. Diorang duduk atas bangku, alah macam pasangan kekasih lain cuma gadis tu OKU dan lelaki tu teramatlah hensem gila bapak.. haha..aku tengok lelaki tu sweet gila layan perempuan tu. Bukan macam abang dengan adik. Tapi macam kekasih. Diorang tengah kongsi ais krim Mcdonalds. Comel giler. Dan lelaki tu macam tak kisah akan fizikal perempuan tu.

Kejap-kejap aku tengok diorang ketawa, kejap-kejap senyum. Aiseh, jeles aku. huhu.. dah la pakwe dia hensem, baik.. dan berdasarkan kasut yang dia pakai, aku rasa lelaki tu anak orang kaya.. haha
Oh ok.. aku dapat petua ni dari kawan aku.. Nak tengok lelaki kaya atau tak.. tengok je kasut dia. kalau mahal, kaya la tu. haha.. Boleh pakai ke pendapat ni? haha

Asyik aku tengok pasangan tu, bF aku tegur aku.

" A***, tengok apa tu?"

" Err.. takde tengok apa-apa.. Just penat pikir nak beli ke tak novel ni."

Dan-dan je aku belek buku kat situ. Mr bF buat muka pelik. Dan baru aku perasan yang aku dah pegang buku bahasa mandarin. haha.. tak sedar, rupanya dalam ralit aku duduk memerhati tu, aku beralih dari rak novel ke rak buku bahasa mandarin.

Untuk cover malu, aku dan-dan je cakap,

" Err.. dah lama tak belek buku mandarin. Rindu nak belajar balik."

Nasib baik la aku ada basic mandarin dulu. Bolehlah mengcover malu. haha..Kantoi tengah usha mamat tu dengan awek dia.
Mr bF sengih-sengih. aku berlalu ke arah rak novel melayu.Dan Mr bF tak habis-habis mengusik.Huhu..

Sampai sekarang aku ingat peristiwa sweet couple tu. Aku harap diorang still bersama la.. Maybe dah kahwin kot.. huhu
Erm.. aku pun nak pakwe macam tu. yang kisah paras rupa atau kekurangan pasangan dia.. haha..Mr bF.. awak pun okay jugak.. kahkahkah..

Okay, jadi teori yang mengatakan cinta tak mengenal paras rupa tu betul la. Cantik itu sangat subjektif. Yeah!

Friday, June 10, 2011

Kenapa awak suka tulis kisah sedih?

Salam semua,

Sekali lagi satu soalan di formspring menarik minat aku untuk menghasilkan entri kali ini. Dan soalannya berbunyi begini..


hai, hazel..kenapa awak suka tulis citer sedih ya..mesti ada sebab kan? mustahillah tak de sebab..huhu..=)


Susahkan soalan dia? Terfikir pula siapalah yang bertanyakan soalan ini. Haha.. just joking. Aku bukanlah suka sangat kisah sedih.Tapi sedih itu kan satu perasaan yang tak boleh dipisahkan dalam lehidupan seharian kita. Mustahillah dalam seumur hidup tak pernah rasa sedih. Sedih tu adalah satu perasaan normal.

Okay, aku mengaku ada sesetengah cerita/ scene yang aku tulis di dalam novel/ cerpen ada aku selitkan sedikit kisah hidup dan ada yang aku ambil dari orang lain. Lagi satu, aku perasan, kisah novel /cerpen yang sedih-sedih ni, ada peminat dia sendiri. Kalau tak, mana ada orang nak jenguk kisah Siapakah kekasih hatiku? tu. Hehe..

Bukan aku tak pernah cuba tulis novel sweet atau lovely-dovey love story tapi setiap kali aku start.. payah nak habiskan. Cerpen thriller pun aku try tulis tapi kan.. baru satu muka surat, meremang bulu tengkuk aku. Dah tu macam mana. Bila aku tulis cerita sedih-sedih dalam dua tiga hari dah siap satu cerpen. Kalau time tu idea melimpah-ruah satu malam dah siap satu cerpen 12 muka surat.

So, Kenapa aku suka tulis kisah sedih? Sebab aku suka kisah sedih seba hidup takkan selamanya happy. Kan aku selalu baca DCCK. So, aku jadikan cerita untuk dihayati dan direnung bersama..

Okay peace.. till next time
Assalamualaikum

Thursday, June 9, 2011

Awak ni novelis ke?

Salam semua

Aku jengah formspring tadi. Ada satu soalan yang menarik hatiku untuk membuat satu entri.
"Awak ni novelis ke?"
Haa.. tu dia. soalannya. Terkedu kejap. Jari-jemari aku kaku. Kejap aku taip dan kejap aku delete balik. Kesimpulannya aku tak tahu nak jawab apa bila orang tanya aku ni novelis ke tak?

Hurm mungkin aku novelis tapi mungkin juga tak. Memandangkan novel Siapakah kekasih hatiku? yang tak siap-siap sampai ke hari aku menaip ni, aku tak boleh dengan bangga dan riaknya menyatakan aku seorang novelis. Aku rasa tak sesuai. Seakan ada something yang missing. Erm.. tengok tu, aku campurkan bahasa melayu dengan inggeris. haha

Tapi aku akui, memang aku menulis. Dari sekolah lagi, aku suka tulis cerpen tapi mostly dalam bahasa inggeris la. Waktu tu, aku ingat lagi, soalan SPM paper bahasa inggeris, aku jawab dengan menulis cerpen kasih sayang abang dengan adik. haha Kelakar pula bila kenang semula.

Aku tulis juga cerpen bahasa Melayu. Waktu tu ada tema sempena hari kemerdekaan So, aku tulis mengenai kisah anak murid yang miskin yang menyelami erti kemerdekaan dalam kehidupan hariannya. Erm, cerpen ni agak berat la jugak mesejnya. Tak tercapai dek akal macam mana aku boleh tulis cerpen macam tu.

Sekarang ni, aku tulis genre kisah cinta sedih-sedih. Hurm tak tahu la kenapa. Memang totally opposite dengan sikap aku yang agak ceria dan mulut kepoh ni. Haha.. Antara blog yang aku suka jengah adalah DCCK ataupun lebih dikenali sebagai di celah-celah kehidupan.  Entah mengapa aku suka benar membaca kisah hidup orang lain. Mungkin itu salah satu cara bagi mendapatkan idea dalam penulisan. Aku suka perhatikan orang. Erm tapi aku bukan stalker tau. Aku baik. haha..

Kadang-kadang tiba-tiba satu hari tu aku senyap, kawan-kawan mesti pelik bin ajaib. Sebenarnya bukan aku bad  mood ke apa cuma nak terbitkan mood nak buat novel atau cerpen. Cerpen sedih yang aku karang mesti kena sentap hati aku dulu, baru aku publish. Macam entri SKH aku tulis tu. Kalau aku nak buat scene sedih, aku akan pastikan bila aku baca semula entri tu sebelum post.. bila entri tu buat aku sebak, baru aku post. Kalau tak.. Dalam Personal security disk la jawapnya. Simpan dan edit next time.

Mengenai persoalan itu, aku jawab aku penulis enovel je. Valid tak jawapan aku ni? haha

Okay till next time. tata
Assalamualaikum..

Mr Bf sila hantar emel..ini arahan

Hari-hari aku buka emel. Langsung takde emel dari dia. Kejap sign in kejap sign out. Itu sajalah yang aku buat bila inbox tak ada emel dari Mr bF.

Hello Mr bF. bila awak nak hantar emel kat saya ni?

Emel dari facebook, dan lain-lain memenuhkan inbox jep. Hurm.. tapi emel Mr bF? Mana-mana?
Hari-hari aku duduk tenung laptop sebab tunggu emel Mr bF tapi hurm..hampeh.. Erm.. patutkah aku cari yang lain.
Semalam pergi rumah pengantin ramai je yang hensem. Bolehlah masuk jarum.. Ehem.. Eh tak boleh.. tak boleh.. hidup perlu setia. kan.. kan..

Tapi kan Mr bF, kalau awak buat saya macam ni, hurm dengan berat hatinya saya cari yang lain. Awak pun tak nak kan?

Err.. ke awak nak? Jangan la paksa saya macam ni. haha

Aku terpaksa bercakap dengan laptop menggunakan isyarat jari. Erm dalam erti kata lain.. menaip.
Hurm payah macam ni, nak berhubung pun guna emel. Tak boleh ke kalau aku hantar surat pos express, surat layang ke? haaa... tak boleh ke?


Mr. bF, kalau awak baca coretan saya ni. Saya arahkan awak cepat hantar emel kat saya ok.
takde tapi-tapi. ini arahan tau.. Dari kiri hantar emel (gaya kawad)

Aku rasa ini simptom glukos berkurangan dalam badan.. haha.. Sebab tu buat entri pelik macam ni.. Alahai cik hazel.

Wednesday, June 8, 2011

Lagu hit atau artis itu sendiri?

Aku pernah menjadi peminat lagu siti satu ketika dulu. Apa yang boleh aku cakapkan, suara Siti memang sedap tapi entahlah sekarang aku rasa Siti tak mampu lagi membawa satu fenomena pada diriku. Aku tak tahu orang lain tapi pada aku tak.

Aku bukan minat artis kerana diri artis tu sendiri. Aku tak kisah apa kontroversi yang artis tu hadapi tapi kalau suara dia sedap, lagu pun boleh layan.. aku on je dengar lagu.. Tapi pasal siti ni, hurm.. mungkin lagu yang dinyanyikan dia sudah kurang enak di telingaku. Tapi aku still lagi dengar lagu lama, contoh nirmala, balqis dan yang aku paling suka jerat percintaan.

Pada aku, naik turun artis malaysia ni adalah kerana lagu hit. kalau takde lagu yang hit memang payah nak lekat dalam industri ni. Tapi kalau ada lagu hit, insyaallah boleh la lekat. Aku tak pasti orang lain macam mana sebab kalau aku minat, aku minat lagu bukan artis.

Kadang-kadang aku tengok banyak artis ni suara sedap, tapi tak ade lagu. So, tak hit la. Tu salma mentor dan ieqa mentor tu.. Suara sedap tapi tak sure la boleh tahan lama tak dalam industri. Kalau takde lagu, alamatnya tak lama la..Sebab tu kot diorang diberi peluang menyanyikan lagu sendiri dalam mentor akhir. Sebab kalau suara sedap, tapi tak ada lagu, memang payah.

Tapi aku harap, diorang tahan lama la. Dah diasuh oleh mentor berpengalaman kan.
okay la..
ni aku selitkan sekali lagu iqa mentor. Di penghujungnya...

Okay la.. bagi aku lagu hit tu penting sebab mana-mana artis pun akan mengalami kontroversi. Sebaik mana artis, mesti ada kontroversinya sendiri. Entahlah, kalau nak masuk dunia artis ni sediakan payung sebelum hujan.. Tu je yang aku nak cakap. 

Tapi pasal kpop, jpop aku tak sure.. Hanya mereka yang minat je yang tahu. Aku pun layan juga tapi tak la fanatik. Suka sikit-sikit je. Okay peace..

Pages