Thursday, June 9, 2011

Awak ni novelis ke?

Salam semua

Aku jengah formspring tadi. Ada satu soalan yang menarik hatiku untuk membuat satu entri.
"Awak ni novelis ke?"
Haa.. tu dia. soalannya. Terkedu kejap. Jari-jemari aku kaku. Kejap aku taip dan kejap aku delete balik. Kesimpulannya aku tak tahu nak jawab apa bila orang tanya aku ni novelis ke tak?

Hurm mungkin aku novelis tapi mungkin juga tak. Memandangkan novel Siapakah kekasih hatiku? yang tak siap-siap sampai ke hari aku menaip ni, aku tak boleh dengan bangga dan riaknya menyatakan aku seorang novelis. Aku rasa tak sesuai. Seakan ada something yang missing. Erm.. tengok tu, aku campurkan bahasa melayu dengan inggeris. haha

Tapi aku akui, memang aku menulis. Dari sekolah lagi, aku suka tulis cerpen tapi mostly dalam bahasa inggeris la. Waktu tu, aku ingat lagi, soalan SPM paper bahasa inggeris, aku jawab dengan menulis cerpen kasih sayang abang dengan adik. haha Kelakar pula bila kenang semula.

Aku tulis juga cerpen bahasa Melayu. Waktu tu ada tema sempena hari kemerdekaan So, aku tulis mengenai kisah anak murid yang miskin yang menyelami erti kemerdekaan dalam kehidupan hariannya. Erm, cerpen ni agak berat la jugak mesejnya. Tak tercapai dek akal macam mana aku boleh tulis cerpen macam tu.

Sekarang ni, aku tulis genre kisah cinta sedih-sedih. Hurm tak tahu la kenapa. Memang totally opposite dengan sikap aku yang agak ceria dan mulut kepoh ni. Haha.. Antara blog yang aku suka jengah adalah DCCK ataupun lebih dikenali sebagai di celah-celah kehidupan.  Entah mengapa aku suka benar membaca kisah hidup orang lain. Mungkin itu salah satu cara bagi mendapatkan idea dalam penulisan. Aku suka perhatikan orang. Erm tapi aku bukan stalker tau. Aku baik. haha..

Kadang-kadang tiba-tiba satu hari tu aku senyap, kawan-kawan mesti pelik bin ajaib. Sebenarnya bukan aku bad  mood ke apa cuma nak terbitkan mood nak buat novel atau cerpen. Cerpen sedih yang aku karang mesti kena sentap hati aku dulu, baru aku publish. Macam entri SKH aku tulis tu. Kalau aku nak buat scene sedih, aku akan pastikan bila aku baca semula entri tu sebelum post.. bila entri tu buat aku sebak, baru aku post. Kalau tak.. Dalam Personal security disk la jawapnya. Simpan dan edit next time.

Mengenai persoalan itu, aku jawab aku penulis enovel je. Valid tak jawapan aku ni? haha

Okay till next time. tata
Assalamualaikum..

No comments:

Pages