Tuesday, January 3, 2012

Selamat tinggal Romeo...

Hai Romeo,

Apa khabar?
Tak sangka saya akan menulis warkah ini kepada awak. Mungkin awak sangka saya sedang berendam air mata kala ini. Ternyata telahan awak silap. Saya baik-baik sahaja. Malah saya rasa, saya lebih gembira daripada dulu. Ya, saya sangat gembira tanpa awak.

Romeo,
Mungkin saya bukan yang pandai bermadah kata seperti awak. Oh ya, saya terlupa pula, awak Romeo kelas pertama. Pasti awak pandai bermain kata-kata. Saya perempuan kasar. Oh ya, saya rasa pasti awak sedang bergembira dengan teman wanita baru awak yang cun sangat tu kan. Yalah, lelaki mana yang tak suka dapat teman wanita yang cun dan comel macam tu kan. Tapi saya tak kisah Romeo. Saya sedang menjalani hidup saya dengan tenang, tanpa serangan bertubi-tubi dari bekas-bekas teman wanita awak yang terdahulu. Hurm...saya terfikir, bolehkah teman wanita awak yang comel tu, tahan dengan serangan bekas-bekas teman wanita awak yang boleh saya katakan agak ganas? Hurm.. kita tunggu dan lihat.

Romeo,
Mungkin bagi awak, perempuan itu ibarat baju pasar malam yang berharga RM10 untuk 3 helai. Sebab itu, awak selalu tukar-tukar perempuan. Yalah, baju kan mesti diganti setiap hari kan? Ya, mungkin awak sedang menyampah membaca warkah saya ini. Eh, saya bukan nak membalas dendam atau apa cuma saya nak beritahu, saya gembira kerana awak tinggalkan saya. Sebab kalau awak tak tinggalkan saya, saya takkan berjumpa dengan si dia yang jauh lebih baik dari awak. Terima kasih.

Oh ya, sebelum saya terlupa. Saya ucapkan semoga awak berbahagia selalu dengan dia. 

Salam ikhlas,

Bekas teman wanita awak yang ke 102.

Pages