Wednesday, June 15, 2011

contengan jalanan,Hlovate- bukan sekadar novel biasa.

Salam semua.

Aku tak tahu nak tulis apa kebelakangan ni. Yalah, aku kan suka mengarut kan.Baru-baru ni aku asyik berbalas emel dengan Mr. bF. Takkan la aku nak ceritakan pasal Mr bF pulak. Rasa macam tak patut la pulak kan. So, why not aku cerita sket pengajaran apa yang aku dapat dari novel Hlovate?

Rasanya kalau peminat novel, especially enovel kalau tak baca karya Hlovate, mesti weird kan? haha.. Opps sorry. Aku suka novel Hlovate. Setiap kali aku baca novel Hlovate, walaupun tak selaju aku baca novel Ramlee Awang Murshid atau Hanni Ramsul. Aku still baca jugak.

Walaupun aku tak paham, mengenai seni dan muzik. X games and what so ever. Aku still baca novel tu. Setiap perkataan yang dicoretkan dalam novel tu terutamanya setiap penghabisan babak bagaikan satu kata-kata semangat buat aku.

Currently, aku baca contengan jalanan. tak habis pun lagi. Well, aku sebetulnya tak faham apa semua tu. But membaca karya Hlovate memberikan aku peluang untuk meneroka dunia baru. Well, aku menulis juga enovel. so aku perlukan maklumat tambahan baru ni.

Currently, aku buat research mengenai bidang perkapalan. Well, maybe someday.. boleh la aku buat watak hero yang pergi belayar always. haha.biasanya hero kan selalunya pekerja korporat. anak orang kaya dan kerja kat syarikat bapak sendiri.

mengenai novel Hlovate tadi. aku just nak cakap.Novel Hlovate maybe tak gunakan bahasa-bahasa indah selalu, but aku boleh katakan Hlovate menulis secara sempoi. Ayat tak terlalu berbunga-bunga dan straight to the point. Walaupun aku tak faham sesetengah perkara dalam novel tu but still jalan ceritanya aku faham.

Aku rasa pendedahan mengenai X games and jamming tu memang interesting. Maybe, Hlovate is part of it. payah untuk orang yang bukan seni untuk memahami secara mendalam mengenai Hlovate ceritakan itu.
So, bacalah novel Hlovate. haha

novel lain, aku tak baca lagi.  but still i'm working for it.

Salam sayang from
Hazel adriana

1 comment:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

Pages