Aku bukan minat artis kerana diri artis tu sendiri. Aku tak kisah apa kontroversi yang artis tu hadapi tapi kalau suara dia sedap, lagu pun boleh layan.. aku on je dengar lagu.. Tapi pasal siti ni, hurm.. mungkin lagu yang dinyanyikan dia sudah kurang enak di telingaku. Tapi aku still lagi dengar lagu lama, contoh nirmala, balqis dan yang aku paling suka jerat percintaan.
Pada aku, naik turun artis malaysia ni adalah kerana lagu hit. kalau takde lagu yang hit memang payah nak lekat dalam industri ni. Tapi kalau ada lagu hit, insyaallah boleh la lekat. Aku tak pasti orang lain macam mana sebab kalau aku minat, aku minat lagu bukan artis.
Kadang-kadang aku tengok banyak artis ni suara sedap, tapi tak ade lagu. So, tak hit la. Tu salma mentor dan ieqa mentor tu.. Suara sedap tapi tak sure la boleh tahan lama tak dalam industri. Kalau takde lagu, alamatnya tak lama la..Sebab tu kot diorang diberi peluang menyanyikan lagu sendiri dalam mentor akhir. Sebab kalau suara sedap, tapi tak ada lagu, memang payah.
Tapi aku harap, diorang tahan lama la. Dah diasuh oleh mentor berpengalaman kan.
okay la..
ni aku selitkan sekali lagu iqa mentor. Di penghujungnya...
Okay la.. bagi aku lagu hit tu penting sebab mana-mana artis pun akan mengalami kontroversi. Sebaik mana artis, mesti ada kontroversinya sendiri. Entahlah, kalau nak masuk dunia artis ni sediakan payung sebelum hujan.. Tu je yang aku nak cakap.
Tapi pasal kpop, jpop aku tak sure.. Hanya mereka yang minat je yang tahu. Aku pun layan juga tapi tak la fanatik. Suka sikit-sikit je. Okay peace..
No comments:
Post a Comment