Salam semua,
Aku sebenarnya baru sahaja kebah dari demam tapi tak sepenuhnya lagi. Masih ada sisa sakit kepala ketika entri ini aku taip. Sengaja aku taip ayat jiwang sebagai tajuk entri kali ini. Entahlah, kebelakangan ni aku rasa macam sedih semacam saja. Mungkin emosiku kurang stabil kerana teetttt.. Erm.. tak perlulah aku menjaja cerita hidupku serata dunia kan? Haha..
Straightly fall in love? Apakah itu? Entahlah, aku sendiri pun tak tahu mengapa aku membangkitkan isu cinta cintun malam ni. Mungkinkah dah sampai seru untuk aku tulis novel cinta yang sweet ? Yalah, aku asyik tulis entri enovel yang sedih-sedih.
Hish tak remaja betul kan. Taip enovel sedih-sedih macam orang kecewa putus cinta saja kan haha.. Oh okay.. Mungkin saya patut tulis cinta sweet-sweet pula berbanding kisah sedih macam siapakah kekasih hatiku?
Tapi secara serius, apakah yang anda rasa ketika jatuh cinta? Susah nak gambarkan perasaan jatuh cinta ni. Satu lagi, soalan yang selalu berlegar-legar dalam benak fikiran aku ini, macam mana anda declare cinta anda?
Adakah sekadar mengucapkan three magic words? Atau guna cara lain? Bagaimana?
Kadang kala, aku rasa cinta itu, adalah perasaan suka yang diperam menjadi sayang sehingga menimbulkan perasaan ingin hidup bersama yang aku panggil cinta. Pernahkah anda semua jatuh cinta? Maksud aku straightly fall in love?
Situasi yang aku lihat dalam drama swasta dalam televisyen, di mana si lelaki akan jatuh cinta pandang pertama dengan si gadis dan berusaha memikat dan meng'stalker' aktiviti si gadis sehingga si gadis akhirnya jatuh cinta dengannya atau sebaliknya. Betulkah semua itu wujud?
mungkin ya dan mungkin tidak.
Eh, aku rasa macam dah lari tajuklah pula. Tak apalah. Mungkin sebab keadaan aku yang masih lagi tak berapa nak sihat ni. Okay..
I'm going to sleep and have a nice day... haha
No comments:
Post a Comment