Monday, October 27, 2014

Coretan Hati

Hai,

Apa khabar? Sihat? Rasanya dekat dua tahun Hazel tak post apa-apa kat blog. Sama ada blog True Confession atau Tinta Senorita. Entah masih ada yang baca pun Hazel tak pasti. Hazel masih di sini. Dah Dua tahun. Rindu nak menulis dengan rancak. Rindu sangat. Rindu semangat nak jadi novelis macam dulu walaupun hanya mampu menulis di alam maya. 

Setelah menghilangkan diri selama setahun lebih. Jari-jemari sudah gian nak menaip. Terlalu rindu. Namun, kesihatan tak pernah memberi ruang.  Idea-idea yang terlayar di fikiran tak terzahir kala jari jemari sedang menaip lantas skrin laptop terbiar kosong. Putih bersih tanpa sebaris ayat.

Laman sosial facebook Hazel jengah. Itu pun bukan selalu. jika ada masa, hazel buka. Laptop Hazel pula diformat. Yay.... sesetengah bab dari skh dan mci yang tak sempat di back up terformat sekali. Yay! Jadi, misi memburu idea kembali lagi. 

Oh, Hazel cuma nak beritahu, sebenarnya Hazel baru sihat. Dulu, sakit tapi buat tak tahu je sehinggalah doktor diagnose sakit dah tahap agak teruk, baru terkial-kial nak cari ubat. Dan masa itu hazel sedar betapa besarnya nikmat kesihatan.

Bila badan tak mampu lagi gagah berdiri. 
Bila badan mengerekot menahan sakit.
Bila kaki tak gagah berlari
 
Bila nikmat selera makan ditarik.
Bila wajah pucat lesi
Bila senyum segalanya hambar

Waktu itu baru sedar yang besarnya nikmat kesihatan yang Allah beri. Lepas dapat tahu mengenai penyakit tu, hari-hari Hazel menangis. Cakap telefon dengan si Cinta Hati pun menangis.

 Bila dia tanya:
"Awak okay tak?"

Waktu tu berderai air mata. Mula la menangis teresak-esak. Tapi bila depan mak dan abah. Hazel tak menangis pun. Sakit pon tahan sendiri. Menangis dalam bilik sorang-sorang.

Bila jumpa doktor, selalu kena ambil sampel darah. Sampai kat lengan dah penuh dengan kesan lebam bekas jarum. Pernah sekali doktor silap bagi ubat. Satu badan kena allergik. Kena masuk air dalam badan. Setiap hari kena makan ubat. Seksanya bila ingat. Hu-Hu

Dan...
Dulu Hazel selalu ragu-ragu pasal nak kahwin dengan si Cinta Hati. Dan selama Hazel sakit (rasa macam nyawa tak panjang), Hazel pernah suruh dia tinggalkan Hazel. Erm.. macam skrip novel je kan. Tapi dia tak nak... Dia kata nak kahwin juga walaupun sehari. Ceh... ceh.. macam pengaruh novel dan drama korea je kan. Tapi Hazel nampak keikhlasan dia, sanggup ambil annual leave sebab nak hantar Hazel pergi check up, belikan makanan yang Hazel suka. 

Hari-hari check, kalau Hazel bawak ubat tak dalam handbag. Bila dah sihat sikit, nak keluar dating pon hand bag kena spotcheck. Kalau lupa bawak, sanggup patah balik ambil ubat kat rumah, Hu-hu. Kalau Hazel mekap tebal, mesti kena marah. Sebab nak tutup muka pucat. (Sebab sewaktu sihat dulu, mekap tu tak pernah nak tebal sangat)

Sekarang, dah completely recover. Alhamdullilah. Dan hikmah sakit kan... bila Hazel sakit, Hazel lagi banyak masa mengaji, berzikir, solat wajib dan sunat. Semua benda-benda yang Hazel tak biasa nak buat zaman tak sakit. Solat wajib tu biasa.... Mengaji tu tak la hari-hari. Sekarang ni, sedang ke arah istiqomah. Even, naik kereta pon baca doa, selawat... zikir... Setiap hari tak lupa Dhuha.

Jadi, sakit tu memang bagi hikmah pada Hazel. Mungkin Hazel belum mencapai tahap muslimah yang sempurna but trust me... Hazel sedang berusaha ke arah itu. Hazel bukan menulis ni untuk menunjuk-nunjuk yang Hazel ni Alim sangat. Tak... tak ada niat pun. Hazel cuma nak kongsikan apa yang Hazel belajar dari sakit yang Hazel lalui.

Dan doakan Hazel istiqamah ya semua. Dan Hazel doakan semua baik-baik sahaja. 

Sekian , wassalam

P/s: Hazel sayang semua. :)

No comments:

Pages