Thursday, June 9, 2011

Mr Bf sila hantar emel..ini arahan

Hari-hari aku buka emel. Langsung takde emel dari dia. Kejap sign in kejap sign out. Itu sajalah yang aku buat bila inbox tak ada emel dari Mr bF.

Hello Mr bF. bila awak nak hantar emel kat saya ni?

Emel dari facebook, dan lain-lain memenuhkan inbox jep. Hurm.. tapi emel Mr bF? Mana-mana?
Hari-hari aku duduk tenung laptop sebab tunggu emel Mr bF tapi hurm..hampeh.. Erm.. patutkah aku cari yang lain.
Semalam pergi rumah pengantin ramai je yang hensem. Bolehlah masuk jarum.. Ehem.. Eh tak boleh.. tak boleh.. hidup perlu setia. kan.. kan..

Tapi kan Mr bF, kalau awak buat saya macam ni, hurm dengan berat hatinya saya cari yang lain. Awak pun tak nak kan?

Err.. ke awak nak? Jangan la paksa saya macam ni. haha

Aku terpaksa bercakap dengan laptop menggunakan isyarat jari. Erm dalam erti kata lain.. menaip.
Hurm payah macam ni, nak berhubung pun guna emel. Tak boleh ke kalau aku hantar surat pos express, surat layang ke? haaa... tak boleh ke?


Mr. bF, kalau awak baca coretan saya ni. Saya arahkan awak cepat hantar emel kat saya ok.
takde tapi-tapi. ini arahan tau.. Dari kiri hantar emel (gaya kawad)

Aku rasa ini simptom glukos berkurangan dalam badan.. haha.. Sebab tu buat entri pelik macam ni.. Alahai cik hazel.

No comments:

Pages