Saturday, August 13, 2011

Jiwa itu semakin hilang

Beberapa bulan ini aku banyak termenung. Nak kata angau. Hurm tak adalah. Aku cuma berfikir dan berfikir apakah penghujung semua ini. Ya, aku menulis. Dulu aku suka menulis. Namun sekarang semangat itu semakin pudar. Entah mengapa ia bagaikan hilang. Lenyap dibawa masa. Aku punya komitmen lain. Yang tidak orang lain ketahui. 

Kadang kala aku rasakan hasil karya aku tak mampu memberi faedah kepada pembaca. Kosong tanpa nilai-nilai murni. Aku menulis enovel cinta, namun cinta itu sendiri aku tak mengerti. Senang untuk bermadah pujangga namun aku langsung tak mengerti apakah itu cinta. Mungkinkah kerana hati ini tak pernah dikhianati oleh cinta? Mungkin juga.

Menulis cerpen atau enovel kadang kala memenatkan. Betul. Aku tak tipu. Di samping itu, aku penat hendak mengimbangi dua identiti aku ini. Kadang kala ingin sahaja aku tulis blog personal yang lebih santai menceritakan hari-hariku berdasarkan sudut pandanganku sendiri. Tak perlu dikekang dengan format stail penulisan dan pelbagai lagi. 

Ya, lebih mudah begitu. Namun, aku tak nafikan format itu perlu. Enovel atau cerpen bukanlah hanya dibaca oleh diri sendiri. Ia untuk tatapan semua. Jadi perlu ada format yang betul agar yang membaca tak sakit mata. Aku faham itu. 

Entahlah jiwa kini sedang kosong. Tak terisi. 

No comments:

Pages