Assalamualaikum semua,
Masa yang berlalu sepantas kilat. Rasanya kenangan Ramadhan tahun lepas masih lagi bersisa dibenak sanubari. Kini, Ramadhan menjelma lagi. Sudah cukupkah ganti puasa? Atau buat-buat lupa? Seperti biasa aku berpuasa di rantau orang. Ya, aku bukanlah berada di luar negara namun sesekali apabila sahurku hanyalah beberapa keping roti atau sepeket mee segera berperisa kari pastinya hati kecilku ini meronta-ronta ingin pulang ke kampung halaman. Dalam benak fikiranku masih terbayang-bayang nasi panas yang dijamu pada dinihari buat santapan sekeluarga semasa bersahur. Ditambah pula dengan ulam-ulaman yang disertakan sekali dengan budu dan juga sambal belacan. Ah!Memang terasa nikmatnya.
Jika diikutkan hati dan perasaan, mahu sahaja aku pulang ke rumah kala ini. Aku rindukan Ramadhan itu. Ramadhan di kampung halaman bersama arwah datuk dan nenek yang sedia menuruti permintaan aku ini. Aku rindukan dia yang telah pergi mengadap Ilahi pada bulan suci ini. Sungguh aku rindu.
No comments:
Post a Comment