Banyak yang saya nak katakan di sini.
Awak baik,
Awak kacak, awak kaya. Pendek kata awak sempurna. Tapi kenapa hati saya tak berkata awak bukan orangnya?
Saya tak tahu.
Mereka cakap saya tak tahu bersyukur. Saya tak pasti mengapa. Mungkin sebab saya bukanlah secantik bidadari. Saya bukan puteri impian. Saya cuma gadis biasa.
Awak kata awak tak kisah paras rupa. Awak kata awak tak kisah darjat dan harta. Ya, mungkin hari ini awak tak kisah. Tapi, saya takut andai satu hari nanti awak menyesal kerana pernah berkata demikian. Dan disebabkan itu, awak campak saya entah di mana. Saya takut jadi macam itu.
Awak,
Saya bukan ego.
Saya cuma malu.
Saya kecewa bila awak tak tahu bezakan antara ego dan malu.
Saya tak tahu apa jawapan yang patut saya berikan untuk awak.
Cuma jika awak benar dan ikhlas,
apa salahlah jika awak jumpa ibu bapa saya dahulu.
Saya redha jika awak jodoh saya.
Jika tidak, saya harap awak tak lakukan perbuatan-perbuatan yang memungkinkan awak tak mencium bau syurga.
Takkan awak tak nak hidup di syurga dikelilingi bidadari?
Satu yang saya pinta, jika saya bukanlah tercipta buat awak dan awak bukanlah tercipta untuk saya,
Saya harap awal tak tutup hati awak untuk insan yang lain.
Maksud saya, jangan tutup hati untuk insan yang memang telah diciptakan untuk awak.
Satu lagi,
saya hanya mahu awak tahu yang...
Saya akan bahagia jika awak bahagia.
Tuesday, August 16, 2011
Saturday, August 13, 2011
Jiwa itu semakin hilang
Beberapa bulan ini aku banyak termenung. Nak kata angau. Hurm tak adalah. Aku cuma berfikir dan berfikir apakah penghujung semua ini. Ya, aku menulis. Dulu aku suka menulis. Namun sekarang semangat itu semakin pudar. Entah mengapa ia bagaikan hilang. Lenyap dibawa masa. Aku punya komitmen lain. Yang tidak orang lain ketahui.
Kadang kala aku rasakan hasil karya aku tak mampu memberi faedah kepada pembaca. Kosong tanpa nilai-nilai murni. Aku menulis enovel cinta, namun cinta itu sendiri aku tak mengerti. Senang untuk bermadah pujangga namun aku langsung tak mengerti apakah itu cinta. Mungkinkah kerana hati ini tak pernah dikhianati oleh cinta? Mungkin juga.
Menulis cerpen atau enovel kadang kala memenatkan. Betul. Aku tak tipu. Di samping itu, aku penat hendak mengimbangi dua identiti aku ini. Kadang kala ingin sahaja aku tulis blog personal yang lebih santai menceritakan hari-hariku berdasarkan sudut pandanganku sendiri. Tak perlu dikekang dengan format stail penulisan dan pelbagai lagi.
Ya, lebih mudah begitu. Namun, aku tak nafikan format itu perlu. Enovel atau cerpen bukanlah hanya dibaca oleh diri sendiri. Ia untuk tatapan semua. Jadi perlu ada format yang betul agar yang membaca tak sakit mata. Aku faham itu.
Entahlah jiwa kini sedang kosong. Tak terisi.
Friday, August 12, 2011
Aku begini dan dia begitu
Aku diam di sini dan dia diam di situ.
Aku senyap dan dia pun begitu
Tiada mesej, tiada panggilan
Sebagai pengikat silaturrahim
Aku ego dan dia ego
Sama-sama memendam rasa
Sama-sama menyimpan satu hasrat
namun untuk meluahkan
tidak mungkin sama sekali
Dia tahu aku bukanlah perempuan murah
yang bisa diusung ke hulu ke hilir
Dan aku tahu dia bukan lelaki kasanova
yang biasa mengayat wanita cantik
Lantas hubungan kami hanyalah bertunjangkan kepercayaan
yang aku rasakan semakin pudar
hilang seiring dengan pertambahan usia
Dapat aku rasakan perasaan itu semakin pudar
hilang entah ke mana
mungkin sudah tenggelam di dasar laut
atau mungkin sudah menjadi debu-debu
yang berterbangan di udara
Tujuh tahun bukanlah satu masa yang singkat
Untuk mengenali peribadi dia
Tujuh tahun juga bukan satu masa yang singkat
Untuk membuat satu keputusan
Adakah aku patut meninggalkan dia?
Kini aku sendiri dalam dilema
haruskah aku melangkah pergi?
Aku sendiri tidak pasti.
Wednesday, August 3, 2011
Coretan Ramadhan ini.
Assalamualaikum semua,
Masa yang berlalu sepantas kilat. Rasanya kenangan Ramadhan tahun lepas masih lagi bersisa dibenak sanubari. Kini, Ramadhan menjelma lagi. Sudah cukupkah ganti puasa? Atau buat-buat lupa? Seperti biasa aku berpuasa di rantau orang. Ya, aku bukanlah berada di luar negara namun sesekali apabila sahurku hanyalah beberapa keping roti atau sepeket mee segera berperisa kari pastinya hati kecilku ini meronta-ronta ingin pulang ke kampung halaman. Dalam benak fikiranku masih terbayang-bayang nasi panas yang dijamu pada dinihari buat santapan sekeluarga semasa bersahur. Ditambah pula dengan ulam-ulaman yang disertakan sekali dengan budu dan juga sambal belacan. Ah!Memang terasa nikmatnya.
Jika diikutkan hati dan perasaan, mahu sahaja aku pulang ke rumah kala ini. Aku rindukan Ramadhan itu. Ramadhan di kampung halaman bersama arwah datuk dan nenek yang sedia menuruti permintaan aku ini. Aku rindukan dia yang telah pergi mengadap Ilahi pada bulan suci ini. Sungguh aku rindu.

Subscribe to:
Posts (Atom)