Friday, August 3, 2012

Random

Hazel selalu menulis enovel cinta sedih-sedih.
Entah, mungkin kerana enovel kisah sedih-sedih ni ada peminat dia sendiri. Atau mungkin Hazel yang ada masalah untuk menulis enovel atau cerita sweet-sweet.

Tapi sejak kebelakangan ini, Hazel dah jumpa inspirasi untuk menghasilkan kisah cinta sweet-sweet. Opps maaf, Hazel bukanlah seorang yang sweet atau yang romantik. Jiwang? haha.. Lagilah jauh walaupun ada la jugak suka lagu-lagu versi 90-an dulu. HaHA

Entah cuma dia... Lain.. Yup.. Lain dari yang Hazel pernah jumpa. Yalah, biasanya jenis lelaki yang Hazel jumpa selalunya:
  1. Anak orang kaya
  2. Muka sombong plus berlagak tapi hati baik
  3. Suka tunjuk hebat
  4. Gentlemen in certain case only
  5. Pandai dan kewangan sendiri mantap
  6. Tak berapa suka aktiviti lasak
  7. Tak pandai memasak
  8. Ayat tak berapa nak manis kalau bercakap
But dia..
  1. Muka jambu (haha)
  2. Pandai Silat dan sukakan aktiviti lasak
  3. Pandai masak
  4. Family dia biasa sahaja
  5. Suka cakap benda manis. (erm.. macam playboy je kan.)
  6. Alim dan anak mak.
  7. Gentlemen dalam segala hal.
Erm.. Hazel pun tak tahu kenapa setiap lelaki yang Hazel jumpa biasanya berasal dari anak orang berada dan mostly ada rupa. Ala sama macam novel tu. But, bukan itu yang dipentingkan.. Yang penting hati kan.. betol tak?

Okay la.. dah mengarut ni.. hehe.. selamat Malam semua. Ya..!!!

Saturday, June 23, 2012

Terima kasih

Ada banyak benda yang aku fikirkan sekarang.
Kadang kala benda yang tak relevan pun aku sibuk nak fikir.
Entah.
Aku sendiri tak sedar sejak bila aku begini. Desakan?
Emel-emel dia aku baca berkali-kali. Adakah aku telah memberikan sign of rejection? Kerana dia tak lagi mahu menghubungi.
Dia tak lagi mahu berbalas emel seperti selalu. Aku buntu. Aku keliru. Terasa diri bagai dipermainkan.
Beberapa emel aku tidak berbalas. Selalunya dia rajin membalas. Dia rajin bertanya. Tapi kini dia senyap. Bukan sekali, malah sudah beberapa kali dia begitu.
Mengapa dia selalu muncul apabila hati ini makin tawar dengan sikapnya?
Dia muncul bila hati ini inginkan satu kehidupan yang baru. Dia muncul!

Aku penat. Serius.
Bukan aku tak mahu mempunyai taman dalam hati.
tapi setiap kali bunga dalam hati mula berputik, dia sudah taburkan duri dalam hati. Terima kasih. Kerana menjadikan aku seorang gadis beku tak berperasaan. Terima kasih kerana buat aku tertunggu-tunggu. Terima kasih kerana buat aku tertanya-tanya status diri saya.
Terima kasih ....

Saturday, April 28, 2012

Emel dari dia

sumber

Sign in. Sign out
Sign in. Sign out.
Gmail itu telah beberapa kali dia buka. Setiap jam dia buka emel. Inbox emelnya masih lagi begitu. Hanya ada emel-emel kaku dari laman-laman sosial yang bertamu. Lantas tangannya pantas mencapai tetikus yang berwarna pink. 

Klik. 
Klik
Klik
Emel-emel itu diklik. Ya, hanya notifikasi akaun facebook. Klik lagi. Ya, hanya notifikasi akaun blogger. Klik lagi. Notifikasi dari akaun twitter.
Tiada sesiapakah yang menghantar emel kepadanya? Dia tersenyum tawar. Dia penat. Penat menanti pada yang tidak pasti.
Lantas, akaun gmailnya di-sign-out. 

Dia kembali meneruskan kerja-kerjanya. Laporan-laporan yang perlu disiapkan ditaip dengan pantas. Jari-jemarinya lenguh. Entah mengapa, dia membuka lagi akaun emelnya.

Dan kali ini, senyumannya melebar. Dia tersenyum dalam kekeliruan. 
Emel itu diklik. Ya, dari dia.

Satu ayat.
Dua ayat.
Tiga ayat.
Hanya tiga ayat. Namun emel pendek itu mampu membuatkan dia terkedu. Dan emel pendek itu mampu membuatkan dia bagai nak gila. Mengapakah?
Jari-jemarinya terus menaip. Baru satu ayat ditaip, butang backspace ditekan. Habis satu ayat. Sekali lagi dia menaip. Namun sekali lagi butang backspace ditekan. Dia pening. Padahal begitu lama dia menunggu emel dari dia.
sumber

Sekali lagi dia menaip. 
Namun gabungan ayat-ayat itu masih lagi tidak memuaskan hatinya. Lantas butang backspace ditekan lagi. Dia mengeluh perlahan. Suasana dingin dan sunyi di dalam office membuatkan dia resah. Perut masih perlu diisi dan jam sudah menginjak ke jam 1.30 petang.

Kali ini dia menghela nafas. Satu persatu huruf di papan kekunci dia tekan membentuk satu perkataan. Perkataan-perkataan itu membentuk satu ayat. Dan dari ayat membentuk satu perenggan. Beberapa kali dia membaca ayat-ayat yang ditaip. Dia begitu teruja untuk membalasnya. Butang send ditekan. Dia tersenyum sendirian sebelum menuju ke pantri. Perut perlu diisi.

Dalam hati dia tertanya-tanya. Mengapa dia muncul kembali saat dirinya hampir luput dalam ingatan ini? Dia buntu. Dia keliru.Adakah hatinya bakal terluka lagi?

Dia tidak pasti.

P/s: 
Kadang kala kita tak mampu nak lupakan seseorang yang telah lama dalam hati. Walaupun kerap kali dilukai, mengapa si gadis masih lagi menanti? Hazel tak faham. :)



















Sunday, April 22, 2012

Rungutan awak yang saya suka


Awak,
Ada banyak benda yang awak rungutkan
Buat itu salah,
Buat ini salah.
Saya masak, awak merungut
Saya tak masak, lagilah awak merungut
Tapi tak apa, 
Sebab dalam awak merungut berlori-lori
Awak makan sampai licin semua lauk atas meja
Saya suka.

Ada banyak benda yang awak rungutkan
Saya pakai tudung
Awak suruh pakai selendang
Saya pakai bedak
Awak suruh pakai mekap
Saya pakai selipar
Awak suruh pakai heels
Tapi dalam sibuk-sibuk duduk merungut tu
Awak belikan semua untuk saya berubah
Bukan hanya sekadar cakap
Saya suka

Bila kita berjalan berdua
Ramai yang akan memandang awak
Awak baik, kacak, dan ehem agak berada

Tapi saya..
Biasa-biasa sahaja
Mungkin ada yang akan cakap kita tidak sepadan
Tapi awak masih buat tak kisah
Kata awak yang penting hati
Benda lain tak payah nak kisah sangat
Itu kata awak
Dan... saya suka.

Banyak benda yang saya suka mengenai awak
bukan sekadar luaran, tapi dalaman awak yang saya suka
Dan kat sini saya nak cakap...

SAYA SUKA AWAK!!!

P/S: Tiba-tiba ada ilham nak buat luahan jiwang karat di sini.

Thursday, April 19, 2012

Awak... saya lepaskan awak.

Awak...
Maaf kalau saya tidak selalu call
Bukan saya tidak mahu call
Saya cuma malu dan segan dengan awak
Lagipun kalau saya selalu call... Awak mesti rimas kan..

Awak..
Maaf kalau saya tidak selalu mesej
Bukan sebab kredit tak ada
Cuma saya tak nak penuhkan inbox awak dengan ucapan good morning atau good night
Lagipun, saya tahu awak mesti malas nak balas kan.

Awak..
Maaf sebab saya selalu tidak ada di sisi
Saya sibuk..
Saya tahu tu.
Awak mungkin sukakan perempuan yang selalu ada di sisi.
Tapi, awak tahu saya memang sibuk dari mula kan?
Jadi, saya minta... janganlah merungut atas kesibukkan saya.
Sepertimana saya terima awak seadanya...
Saya mahu awak terima saya seadanya

Awak,
Saya dengar awak dah mula ada perasaan pada yang lain
Saya tahu...
Mungkin kesibukkan saya menyebabkan awak mula berpaling mencari yang lain.
Tak apa awak.
Jika awak rasa dia lebih sesuai dengan awak...
Awak pergilah.
Saya akan senyum dan sokong apa yang terbaik untuk awak.

Awak,
Saya tahu sampai masa awak akan melangkah pergi dari hidup saya.
Dan awak jangan risaukan saya.
Lebih baik awak berterus-terang bahawa awak punya yang lain 
Daripada awak terus-terusan menipu diri saya dan awak.
Jadi... jangan takut saya terluka.
Saya kuat dan saya tahu awak tahu itu. 

Awak,
Saya akan jaga diri saya sebaiknya untuk si dia yang entah bila akan muncul
Si dia yang akan menjadi yang sah untuk saya.
Dan jangan bimbang.. 
Jika benar kita berjodoh..
Pasti kita akan disatukan jika tiba masanya.

Awak...
Jaga diri awak
dan saya akan jaga diri saya.

P/s: Mencintai tak semestinya memiliki. Membenarkan orang lain bahagia dengan orang yang mereka sayang adalah jalan terbaik. :)

Wednesday, March 21, 2012

Bukan senang...

Assalamualaikum,

Rasanya sudah lama Hazel tak postkan apa-apa entri kat sini kan? Ya, blog ni sedikit terabai. Kasihan blog ni, dianaktirikan. I'm sorry dear. Haha...

Kalau siapa yang perasan, sudah lama Hazel tak postkan SKH atau MCI dekat blog Tinta Senorita. Entahlah, bukan Hazel tak punya masa terluang, cuma mungkin persekitaran yang Hazel tinggal sekarang membuatkan Hazel susah nak menulis. Ya, Hazel rahsiakan identiti Hazel yang sebenar. Entahlah, mungkin belum tiba masanya lagi untuk mendedahkan siapa Hazel.

Persekitaran baru dan bersama orang baru buatkan Hazel rasa tak berapa nak feel untuk buat enovel. By the way SKH dah in progress... Ada beberapa bab awal yang Hazel ubah setelah dibaca beberapa kali dan hazel rasa, bab awal tu macam tak relevan. Jadi Hazel buangkan bab tu dari SKH. Bagi MCI pulak, Hazel sebenarnya nak buat mini cerita sahaja, dan tiba-tiba ceritanya jadi semakin panjang. Sedar-sedar page dah sampai seratus lebih. Haha.. 

Okaylah, Hazel nak menyambung kerja-kerja lain pula. Hazel nak siapkan report dan slide presentation. 

Sekian, wasalam.

Salam sayang,
Hazel Adriana

Tuesday, January 3, 2012

Selamat tinggal Romeo...

Hai Romeo,

Apa khabar?
Tak sangka saya akan menulis warkah ini kepada awak. Mungkin awak sangka saya sedang berendam air mata kala ini. Ternyata telahan awak silap. Saya baik-baik sahaja. Malah saya rasa, saya lebih gembira daripada dulu. Ya, saya sangat gembira tanpa awak.

Romeo,
Mungkin saya bukan yang pandai bermadah kata seperti awak. Oh ya, saya terlupa pula, awak Romeo kelas pertama. Pasti awak pandai bermain kata-kata. Saya perempuan kasar. Oh ya, saya rasa pasti awak sedang bergembira dengan teman wanita baru awak yang cun sangat tu kan. Yalah, lelaki mana yang tak suka dapat teman wanita yang cun dan comel macam tu kan. Tapi saya tak kisah Romeo. Saya sedang menjalani hidup saya dengan tenang, tanpa serangan bertubi-tubi dari bekas-bekas teman wanita awak yang terdahulu. Hurm...saya terfikir, bolehkah teman wanita awak yang comel tu, tahan dengan serangan bekas-bekas teman wanita awak yang boleh saya katakan agak ganas? Hurm.. kita tunggu dan lihat.

Romeo,
Mungkin bagi awak, perempuan itu ibarat baju pasar malam yang berharga RM10 untuk 3 helai. Sebab itu, awak selalu tukar-tukar perempuan. Yalah, baju kan mesti diganti setiap hari kan? Ya, mungkin awak sedang menyampah membaca warkah saya ini. Eh, saya bukan nak membalas dendam atau apa cuma saya nak beritahu, saya gembira kerana awak tinggalkan saya. Sebab kalau awak tak tinggalkan saya, saya takkan berjumpa dengan si dia yang jauh lebih baik dari awak. Terima kasih.

Oh ya, sebelum saya terlupa. Saya ucapkan semoga awak berbahagia selalu dengan dia. 

Salam ikhlas,

Bekas teman wanita awak yang ke 102.

Pages