Friday, May 20, 2011

Hananorisa Terima Kasih!!

Hai..

Sebenarnya Hazel tak tahu nak cakap apa sekarang. Saja Hazel tak iklankan blog ni macam blog yang lain sebab blog ni dah namanya ' a true confession' atau pun dalam bahasa melayunya kita panggil sebuah pengakuan benar.

Mungkin ramai yang tak tahu, yang Hazel ni penulis e novel.. huhu.. Ala tulis novel pun berape kerat je yang baca kan. Takpe la.. Janji ada yang sudi singgah.
Hazel buat entri ni, khas buat Hananorisa, kenal tak? Dia penulis e novel jugak. Hazel suka baca novel dia. Kemas.

Sebenarnya, orang bawak Hazel ke dunia penulisan ni adalah Hana. Yela, dulu Hazel selalu tulis novel atau cerpen dan Hazel simpan dalam folder. Biar je dalam tu. Tak siapa pun bace kecuali Hazel. Kemudian, Hazel terjumpa la, penulisan2u. Try la post satu cerpen kat situ. Tapi waktu tu, Hazel takde blog lagi. Tak terfikir langsung nak buat blog. Sehinggalah satu hari, Hazel buat blog personal, sebab nak luahkan perasaan yang dah nak meletup lantaran tekanan yang melanda diri Hazel ni.

Dari blog personal.. Hazel terpost cerpen Hazel yang dah Hazel hantar ke penulisan2u. Dan dari situ, Hana tahu Hazel menulis. So, Hana dengan baik hatinya, bagi link blog hazel kepada pengumpul blog-blog enovel. Ala macam mereka punya dan  koleksi tinta indah nan kreatif.

so, dari blog Hazel yang takde orang nak singgah, ada la yang sudi menjenguk.  Dan sejak itu, Hazel selalu la mintak pendapat Hana pasal penulisan ni. Almaklum la Hana kan lebih senior dalam bidang ni.

okay la, setakat ini sahaja entri luahan kali ni.
tata

No comments:

Pages