Saturday, April 28, 2012

Emel dari dia

sumber

Sign in. Sign out
Sign in. Sign out.
Gmail itu telah beberapa kali dia buka. Setiap jam dia buka emel. Inbox emelnya masih lagi begitu. Hanya ada emel-emel kaku dari laman-laman sosial yang bertamu. Lantas tangannya pantas mencapai tetikus yang berwarna pink. 

Klik. 
Klik
Klik
Emel-emel itu diklik. Ya, hanya notifikasi akaun facebook. Klik lagi. Ya, hanya notifikasi akaun blogger. Klik lagi. Notifikasi dari akaun twitter.
Tiada sesiapakah yang menghantar emel kepadanya? Dia tersenyum tawar. Dia penat. Penat menanti pada yang tidak pasti.
Lantas, akaun gmailnya di-sign-out. 

Dia kembali meneruskan kerja-kerjanya. Laporan-laporan yang perlu disiapkan ditaip dengan pantas. Jari-jemarinya lenguh. Entah mengapa, dia membuka lagi akaun emelnya.

Dan kali ini, senyumannya melebar. Dia tersenyum dalam kekeliruan. 
Emel itu diklik. Ya, dari dia.

Satu ayat.
Dua ayat.
Tiga ayat.
Hanya tiga ayat. Namun emel pendek itu mampu membuatkan dia terkedu. Dan emel pendek itu mampu membuatkan dia bagai nak gila. Mengapakah?
Jari-jemarinya terus menaip. Baru satu ayat ditaip, butang backspace ditekan. Habis satu ayat. Sekali lagi dia menaip. Namun sekali lagi butang backspace ditekan. Dia pening. Padahal begitu lama dia menunggu emel dari dia.
sumber

Sekali lagi dia menaip. 
Namun gabungan ayat-ayat itu masih lagi tidak memuaskan hatinya. Lantas butang backspace ditekan lagi. Dia mengeluh perlahan. Suasana dingin dan sunyi di dalam office membuatkan dia resah. Perut masih perlu diisi dan jam sudah menginjak ke jam 1.30 petang.

Kali ini dia menghela nafas. Satu persatu huruf di papan kekunci dia tekan membentuk satu perkataan. Perkataan-perkataan itu membentuk satu ayat. Dan dari ayat membentuk satu perenggan. Beberapa kali dia membaca ayat-ayat yang ditaip. Dia begitu teruja untuk membalasnya. Butang send ditekan. Dia tersenyum sendirian sebelum menuju ke pantri. Perut perlu diisi.

Dalam hati dia tertanya-tanya. Mengapa dia muncul kembali saat dirinya hampir luput dalam ingatan ini? Dia buntu. Dia keliru.Adakah hatinya bakal terluka lagi?

Dia tidak pasti.

P/s: 
Kadang kala kita tak mampu nak lupakan seseorang yang telah lama dalam hati. Walaupun kerap kali dilukai, mengapa si gadis masih lagi menanti? Hazel tak faham. :)



















Sunday, April 22, 2012

Rungutan awak yang saya suka


Awak,
Ada banyak benda yang awak rungutkan
Buat itu salah,
Buat ini salah.
Saya masak, awak merungut
Saya tak masak, lagilah awak merungut
Tapi tak apa, 
Sebab dalam awak merungut berlori-lori
Awak makan sampai licin semua lauk atas meja
Saya suka.

Ada banyak benda yang awak rungutkan
Saya pakai tudung
Awak suruh pakai selendang
Saya pakai bedak
Awak suruh pakai mekap
Saya pakai selipar
Awak suruh pakai heels
Tapi dalam sibuk-sibuk duduk merungut tu
Awak belikan semua untuk saya berubah
Bukan hanya sekadar cakap
Saya suka

Bila kita berjalan berdua
Ramai yang akan memandang awak
Awak baik, kacak, dan ehem agak berada

Tapi saya..
Biasa-biasa sahaja
Mungkin ada yang akan cakap kita tidak sepadan
Tapi awak masih buat tak kisah
Kata awak yang penting hati
Benda lain tak payah nak kisah sangat
Itu kata awak
Dan... saya suka.

Banyak benda yang saya suka mengenai awak
bukan sekadar luaran, tapi dalaman awak yang saya suka
Dan kat sini saya nak cakap...

SAYA SUKA AWAK!!!

P/S: Tiba-tiba ada ilham nak buat luahan jiwang karat di sini.

Thursday, April 19, 2012

Awak... saya lepaskan awak.

Awak...
Maaf kalau saya tidak selalu call
Bukan saya tidak mahu call
Saya cuma malu dan segan dengan awak
Lagipun kalau saya selalu call... Awak mesti rimas kan..

Awak..
Maaf kalau saya tidak selalu mesej
Bukan sebab kredit tak ada
Cuma saya tak nak penuhkan inbox awak dengan ucapan good morning atau good night
Lagipun, saya tahu awak mesti malas nak balas kan.

Awak..
Maaf sebab saya selalu tidak ada di sisi
Saya sibuk..
Saya tahu tu.
Awak mungkin sukakan perempuan yang selalu ada di sisi.
Tapi, awak tahu saya memang sibuk dari mula kan?
Jadi, saya minta... janganlah merungut atas kesibukkan saya.
Sepertimana saya terima awak seadanya...
Saya mahu awak terima saya seadanya

Awak,
Saya dengar awak dah mula ada perasaan pada yang lain
Saya tahu...
Mungkin kesibukkan saya menyebabkan awak mula berpaling mencari yang lain.
Tak apa awak.
Jika awak rasa dia lebih sesuai dengan awak...
Awak pergilah.
Saya akan senyum dan sokong apa yang terbaik untuk awak.

Awak,
Saya tahu sampai masa awak akan melangkah pergi dari hidup saya.
Dan awak jangan risaukan saya.
Lebih baik awak berterus-terang bahawa awak punya yang lain 
Daripada awak terus-terusan menipu diri saya dan awak.
Jadi... jangan takut saya terluka.
Saya kuat dan saya tahu awak tahu itu. 

Awak,
Saya akan jaga diri saya sebaiknya untuk si dia yang entah bila akan muncul
Si dia yang akan menjadi yang sah untuk saya.
Dan jangan bimbang.. 
Jika benar kita berjodoh..
Pasti kita akan disatukan jika tiba masanya.

Awak...
Jaga diri awak
dan saya akan jaga diri saya.

P/s: Mencintai tak semestinya memiliki. Membenarkan orang lain bahagia dengan orang yang mereka sayang adalah jalan terbaik. :)

Pages