Wednesday, March 21, 2012

Bukan senang...

Assalamualaikum,

Rasanya sudah lama Hazel tak postkan apa-apa entri kat sini kan? Ya, blog ni sedikit terabai. Kasihan blog ni, dianaktirikan. I'm sorry dear. Haha...

Kalau siapa yang perasan, sudah lama Hazel tak postkan SKH atau MCI dekat blog Tinta Senorita. Entahlah, bukan Hazel tak punya masa terluang, cuma mungkin persekitaran yang Hazel tinggal sekarang membuatkan Hazel susah nak menulis. Ya, Hazel rahsiakan identiti Hazel yang sebenar. Entahlah, mungkin belum tiba masanya lagi untuk mendedahkan siapa Hazel.

Persekitaran baru dan bersama orang baru buatkan Hazel rasa tak berapa nak feel untuk buat enovel. By the way SKH dah in progress... Ada beberapa bab awal yang Hazel ubah setelah dibaca beberapa kali dan hazel rasa, bab awal tu macam tak relevan. Jadi Hazel buangkan bab tu dari SKH. Bagi MCI pulak, Hazel sebenarnya nak buat mini cerita sahaja, dan tiba-tiba ceritanya jadi semakin panjang. Sedar-sedar page dah sampai seratus lebih. Haha.. 

Okaylah, Hazel nak menyambung kerja-kerja lain pula. Hazel nak siapkan report dan slide presentation. 

Sekian, wasalam.

Salam sayang,
Hazel Adriana

Tuesday, January 3, 2012

Selamat tinggal Romeo...

Hai Romeo,

Apa khabar?
Tak sangka saya akan menulis warkah ini kepada awak. Mungkin awak sangka saya sedang berendam air mata kala ini. Ternyata telahan awak silap. Saya baik-baik sahaja. Malah saya rasa, saya lebih gembira daripada dulu. Ya, saya sangat gembira tanpa awak.

Romeo,
Mungkin saya bukan yang pandai bermadah kata seperti awak. Oh ya, saya terlupa pula, awak Romeo kelas pertama. Pasti awak pandai bermain kata-kata. Saya perempuan kasar. Oh ya, saya rasa pasti awak sedang bergembira dengan teman wanita baru awak yang cun sangat tu kan. Yalah, lelaki mana yang tak suka dapat teman wanita yang cun dan comel macam tu kan. Tapi saya tak kisah Romeo. Saya sedang menjalani hidup saya dengan tenang, tanpa serangan bertubi-tubi dari bekas-bekas teman wanita awak yang terdahulu. Hurm...saya terfikir, bolehkah teman wanita awak yang comel tu, tahan dengan serangan bekas-bekas teman wanita awak yang boleh saya katakan agak ganas? Hurm.. kita tunggu dan lihat.

Romeo,
Mungkin bagi awak, perempuan itu ibarat baju pasar malam yang berharga RM10 untuk 3 helai. Sebab itu, awak selalu tukar-tukar perempuan. Yalah, baju kan mesti diganti setiap hari kan? Ya, mungkin awak sedang menyampah membaca warkah saya ini. Eh, saya bukan nak membalas dendam atau apa cuma saya nak beritahu, saya gembira kerana awak tinggalkan saya. Sebab kalau awak tak tinggalkan saya, saya takkan berjumpa dengan si dia yang jauh lebih baik dari awak. Terima kasih.

Oh ya, sebelum saya terlupa. Saya ucapkan semoga awak berbahagia selalu dengan dia. 

Salam ikhlas,

Bekas teman wanita awak yang ke 102.

Wednesday, November 30, 2011

Bila BFF jatuh cinta.

Selamat pagi semua. 



Ada banyak yang Hazel hendak kongsikan di sini. Oleh kerana mood Hazel hari ini lebih kepada jiwang ala-ala rock kapak, jadi kita mulakan diskusi hari ini dengan entri cinta. Yeah. Lagipun Hazel tengah cari mood hendak sambung enovel. 

Semalam, kawan baik Hazel call. Erm...kami sekadar berkongsi mengenai perkara lama-lama dulu, zaman kanak-kanak riang gembira dan ehem...si dia. Ya, si dia yang dah lama Hazel tak berjumpa. Jadi disebabkan sudah tiada rasa, Hazel rasa tak apalah hendak berbicara mengenainya. Hazel akui kami masih berhubung cuma taklah sekerap dulu. Mungkin jarak membuatkan kami tak lagi seperti dahulu. Oh tapi itu bukan perkaranya di sini.

Soalnya, BFF Hazel sudah mula sukakan dia. Erm macam mana ni? Perlukah Hazel cakap macam ni?

BFF: Saya rasa macam dah suka dekat Mr A la.
Hazel: Mana boleh! Dia kan saya punya dulu.

Rasa tak tergamak pula hendak cakap macam tu. Lagipun peraturan mana yang menyatakan tak boleh jatuh cinta dengan orang yang pernah diminati oleh kawan baik sendiri. Arghh.. pening. Ini lebih memeningkan kerana dia (lelaki itu) sudah dinaiktaraf menjadi BFF Hazel juga. Jadi macam mana ni? 

Dan yang paling pening, BFF (perempuan) meminta Hazel menjadi orang tengah untuk menyampaikan hasrat hatinya. Yang ni, Hazel rasa macam tak tergamak hendak lakukan. Hazel tersepit di tengah-tengah. Jadi apa yang Hazel patut lakukan. Ada apa-apa idea?


P/s: atau biar Hazel je yang tackle kawan laki Hazel tu. Hahaa.. Okay ini tak boleh pakai. 

Sunday, November 13, 2011

Awak dan dia.

Awak hanya berdiri di satu satu sudut.
Diam dan kaku memerhatikan dia.
Untuk apa awak lakukan itu, hanya awak yang tahu.
Dia tidak tahu bahawa mata galak awak asyik merenung dia.
Memandang dia dari jadi bak mata helang yang tajam.
Dia gembira dengan rakan-rakannya.
Awak gembira melihatnya
Tidakkah awak rasa pelik akan sikap awak itu?
Tersenyum gembira melihat tingkah si dia.
Awak memang pelik.

Nota kaki:

Hari ini Hazel malas hendak menaip bab baru untuk enovel. Terasa kekeringan idea pula. Lagipun sekarang ini, Hazel rasa hendak tumpukan kepada kerja-kerja lain yang tarikh luputnya semakin dekat. Utamakan yang penting dahulu kan.

Ok cukuplah untuk entri kali ini.

 

Friday, September 23, 2011

Siapakah kekasih hatiku?

Hai,



Sudah lama rasanya tak menaip di blog ini. Biasanya aku menaip entri novel saja kat blog satu lagi. ***oh maaf kata ganti nama aku ok.***


Siapa baca enovel Siapakah kekasih hatiku? Sila angkat tangan. ***Macamlah aku nampak*** Macam mana nak cakap ye, sebab aku sekarang dalam pembikinan manuskrip untuk menyiapkan enovel tu. Entah bila kesedaran untuk menyiapkan manuskrip ini timbul, aku pun tak pasti.


Tapi aku sedar selepas kak Maria Kajiwa  mengepost entri mengenai tulis novel dalam group di facebook. Yalah, kalau diperhatikan SKH ni dah terlalu lama kan. Aku start menaip sejak dari tahun 2008 dan publish di blog pada tahun 2009. And sampai sekarang SKH still lagi dipost dekat blog.


Lama juga aku berfikir. Sampai bila kan? SKH perlu ada noktahnya. Aku taklah berharap nak menghantar untuk dijadikan novel dalam bentuk cetakan. Tapi kalau ada rezeki apa salahnya kan? hehe..*** Eleh.. cakap je la nak buat buku. ***


Yang pasal nak hantar dekat mana-mana publisher tu aku tak fikirkan lagi. Cuma sekarang aku nak arrange balik cerita dan siapkan cerita sampai ke hujungnya. wah.. wah.. wah..bersemangat. Maybe aku akan tarik balik enovel SKH yang lama-lama dan post dengan yang baru. Tapi bukan dalam masa yang terdekatlah. Jangan risau.


Aku tahu cerita SKH makin konflik dan complicated. Jangan tanya aku kenapa, sebab walaupun aku sangat ceria, apabila time aku menulis entri SKH, aku akan jadi serius dan mungkin diri aku yang satu lagi tu.. telah menjadikan cerita itu quite complicated. Haha.. Whatever Hazel.***cakaplah aku je yang complicated***


Kadangkala, aku tak boleh nak update selalu, sebab tak ada ruang nak menulis. Sebab okay.. semua orang tak tahu yang aku ada blog enovel. Kahkahkah.,Even my family pun tak tahu. Blog personal diorang tahu la. *** okay.. this is my third blog***


Jadi kena curi-curi update tau. Seronok juga.**mengarut** Sekarang ni, aku sendirian di bilik. So, masa untuk menyambung entri SKH. Minda sedang mencari-cari ending yang bersesuai dengan SKH. Sad ending atau happy ending. Payah nak buat ending yang boleh membuatkan si pembaca tersenyum lebar dan puas hati dengan ending.


Oh masalah utama saya ialah.. reti memulakan cerita tapi tak pandai mengakhirinya dengan baik. Hah.. mungkin sebab itu kot, SKH dah bertahun-tahun dekat blog. hehe..


Okay dear. I've to go. Nak siapkan SKH.

Thursday, September 8, 2011

Pesanan penaja dan split personality.

Assalamualaikum semua,

Rasanya sudah lama aku tak menjenguk blog ni kan? Iyelah sibuk raya kot. Mungkin. Well, preparation raya pun dah settle, I means dah beraya pun. So, tak payahlah nak sibuk-sibuk pasal raya. Memang aku dah jarang update blog. Blog enovel especially. Yalah, sibuk sangat dengan hal-hal lain, masa nak mengupdate pun dah kurang. Hendak menaip entry baru apatah lagi. Kalau kat hostel, bolehlah menaip satu entry atau dia entry semalam. Tapi kalau dah duduk di rumah, nak menaip pun mendapat gangguan. Hehe.. *** diorang tak tahu yang aku ni ada blog enovel***

Payah betul apa split personality ni. Bukan apa, nak menjadi dua orang yang sangat berbeza dalam satu masa. Dan ia bukan mudah. Penat? Ya memang kadang-kadang penat tapi berbaloi kot. Haha..

Tadi aku ada terbaca mengenai keratan akhbar yang dikongsi oleh seorang novelis di facebook. Macam mana ya? Agak menarik sebab dalam keratan akhbar itu banyak menyedarkan aku sebagai tanggungjawab menjadi penulis enovel yang tak bertauliah ini. Hehe

Setiap apa yang ditulis, akan disoal di akhirat kelak. Hurm, aku tak harap apa yang aku tulis nanti membawa pengaruh buruk kepada orang yang membacanya. Aku harap tak.. tak kan?.. hehe
Yalah, kalau bagi pengaruh buruk, aku pun akan turut terheret juga, mesti korang semua sayangkan aku kan, so please, yang negatif tu **kalau ada** please tolak ke tepi ok. Yang positif terapkan dalam hati.

Rasanya tak terlambat kalau aku ucapkan selamat hari raya dan minta maaf , kalau ada tulisan aku yang menyinggung mana-mana pihak secara sengaja atau tidak. Beberapa hari lepas, sudah aku poskan entri Siapakah kekasih hatiku? 31, Miskinkah cinta itu? part 6, dan The chronicles of me part 10.

Inilah buah tangan raya untuk anda yang membaca. Kalau yang tak baca? Hehe.. Songih sendiri la den. haha..

Okay,  got to go. 

Love,
hazel

Tuesday, August 16, 2011

Nota untuk awak.

Banyak yang saya nak katakan di sini. 


Awak baik, 
Awak kacak, awak kaya. Pendek kata awak sempurna. Tapi kenapa hati saya tak berkata awak bukan orangnya?
Saya tak tahu.


Mereka cakap saya tak tahu bersyukur. Saya tak pasti mengapa. Mungkin sebab saya bukanlah secantik bidadari. Saya bukan puteri impian. Saya cuma gadis biasa.
Awak kata awak tak kisah paras rupa. Awak kata awak tak kisah darjat dan harta. Ya, mungkin hari ini awak tak kisah. Tapi, saya takut andai satu hari nanti awak menyesal kerana pernah berkata demikian. Dan disebabkan itu, awak campak saya entah di mana. Saya takut jadi macam itu.


Awak,
Saya bukan ego. 
Saya cuma malu.
Saya kecewa bila awak tak tahu bezakan antara ego dan malu. 


Saya tak tahu apa jawapan yang patut saya berikan untuk awak.
Cuma jika awak benar dan ikhlas, 
apa salahlah jika awak jumpa ibu bapa saya dahulu.


Saya redha jika awak jodoh saya.
Jika tidak, saya harap awak tak lakukan perbuatan-perbuatan yang memungkinkan awak tak mencium bau syurga. 
Takkan awak tak nak hidup di syurga dikelilingi bidadari?


Satu yang saya pinta, jika saya bukanlah tercipta buat awak dan awak bukanlah tercipta untuk saya,
Saya harap awal tak tutup hati awak untuk insan yang lain.
Maksud saya, jangan tutup hati untuk insan yang memang telah diciptakan untuk awak. 


Satu lagi, 
saya hanya mahu awak tahu yang...


Saya akan bahagia jika awak bahagia.

Pages