Showing posts with label novelis. Show all posts
Showing posts with label novelis. Show all posts

Friday, June 10, 2011

Kenapa awak suka tulis kisah sedih?

Salam semua,

Sekali lagi satu soalan di formspring menarik minat aku untuk menghasilkan entri kali ini. Dan soalannya berbunyi begini..


hai, hazel..kenapa awak suka tulis citer sedih ya..mesti ada sebab kan? mustahillah tak de sebab..huhu..=)


Susahkan soalan dia? Terfikir pula siapalah yang bertanyakan soalan ini. Haha.. just joking. Aku bukanlah suka sangat kisah sedih.Tapi sedih itu kan satu perasaan yang tak boleh dipisahkan dalam lehidupan seharian kita. Mustahillah dalam seumur hidup tak pernah rasa sedih. Sedih tu adalah satu perasaan normal.

Okay, aku mengaku ada sesetengah cerita/ scene yang aku tulis di dalam novel/ cerpen ada aku selitkan sedikit kisah hidup dan ada yang aku ambil dari orang lain. Lagi satu, aku perasan, kisah novel /cerpen yang sedih-sedih ni, ada peminat dia sendiri. Kalau tak, mana ada orang nak jenguk kisah Siapakah kekasih hatiku? tu. Hehe..

Bukan aku tak pernah cuba tulis novel sweet atau lovely-dovey love story tapi setiap kali aku start.. payah nak habiskan. Cerpen thriller pun aku try tulis tapi kan.. baru satu muka surat, meremang bulu tengkuk aku. Dah tu macam mana. Bila aku tulis cerita sedih-sedih dalam dua tiga hari dah siap satu cerpen. Kalau time tu idea melimpah-ruah satu malam dah siap satu cerpen 12 muka surat.

So, Kenapa aku suka tulis kisah sedih? Sebab aku suka kisah sedih seba hidup takkan selamanya happy. Kan aku selalu baca DCCK. So, aku jadikan cerita untuk dihayati dan direnung bersama..

Okay peace.. till next time
Assalamualaikum

Thursday, June 9, 2011

Awak ni novelis ke?

Salam semua

Aku jengah formspring tadi. Ada satu soalan yang menarik hatiku untuk membuat satu entri.
"Awak ni novelis ke?"
Haa.. tu dia. soalannya. Terkedu kejap. Jari-jemari aku kaku. Kejap aku taip dan kejap aku delete balik. Kesimpulannya aku tak tahu nak jawab apa bila orang tanya aku ni novelis ke tak?

Hurm mungkin aku novelis tapi mungkin juga tak. Memandangkan novel Siapakah kekasih hatiku? yang tak siap-siap sampai ke hari aku menaip ni, aku tak boleh dengan bangga dan riaknya menyatakan aku seorang novelis. Aku rasa tak sesuai. Seakan ada something yang missing. Erm.. tengok tu, aku campurkan bahasa melayu dengan inggeris. haha

Tapi aku akui, memang aku menulis. Dari sekolah lagi, aku suka tulis cerpen tapi mostly dalam bahasa inggeris la. Waktu tu, aku ingat lagi, soalan SPM paper bahasa inggeris, aku jawab dengan menulis cerpen kasih sayang abang dengan adik. haha Kelakar pula bila kenang semula.

Aku tulis juga cerpen bahasa Melayu. Waktu tu ada tema sempena hari kemerdekaan So, aku tulis mengenai kisah anak murid yang miskin yang menyelami erti kemerdekaan dalam kehidupan hariannya. Erm, cerpen ni agak berat la jugak mesejnya. Tak tercapai dek akal macam mana aku boleh tulis cerpen macam tu.

Sekarang ni, aku tulis genre kisah cinta sedih-sedih. Hurm tak tahu la kenapa. Memang totally opposite dengan sikap aku yang agak ceria dan mulut kepoh ni. Haha.. Antara blog yang aku suka jengah adalah DCCK ataupun lebih dikenali sebagai di celah-celah kehidupan.  Entah mengapa aku suka benar membaca kisah hidup orang lain. Mungkin itu salah satu cara bagi mendapatkan idea dalam penulisan. Aku suka perhatikan orang. Erm tapi aku bukan stalker tau. Aku baik. haha..

Kadang-kadang tiba-tiba satu hari tu aku senyap, kawan-kawan mesti pelik bin ajaib. Sebenarnya bukan aku bad  mood ke apa cuma nak terbitkan mood nak buat novel atau cerpen. Cerpen sedih yang aku karang mesti kena sentap hati aku dulu, baru aku publish. Macam entri SKH aku tulis tu. Kalau aku nak buat scene sedih, aku akan pastikan bila aku baca semula entri tu sebelum post.. bila entri tu buat aku sebak, baru aku post. Kalau tak.. Dalam Personal security disk la jawapnya. Simpan dan edit next time.

Mengenai persoalan itu, aku jawab aku penulis enovel je. Valid tak jawapan aku ni? haha

Okay till next time. tata
Assalamualaikum..

Pages