Sunday, June 12, 2011

Suka baca emel awak, Mr bF!

Salam ceria semua.


Senyuman aku ceria je hari ni walaupun jam dah menginjak ke pukul 1.30am. Well, sebab apa? Bukan sebab terengganu menang bola. Tak betul.. Tak betul...
Sebab Mr bF dah hantar emel. Yay!


Sweet je emel dia. Tetiba aku blushing je bila baca emel Mr bf. Kuikuikui. Aish, budak bawah umur jangan buat macam ni kat rumah ye. Perangai aku dah gedik semacam ni haha..Opps.. ok..aku tak buat lagi.


Aku tengok lagi emel dia. Panjang macam cerpen.. hish.. hyperbola la pulak. Apa-apa pun, happy gila ni. Rasanya macam nak letak je gambar Mr bF kat blog. haha Err.. boleh ke?


Tapi kan tak patutlah . Buat apa nak show off benda yang belum tentu jadi milik kita kan? hurm..eleh sebenarnya aku tak mahu orang tengok dia.. Nanti korang jatuh cinta. his.. tak boleh.. tak boleh.. haha


Ok Mr bF, jangan jatuh cinta dengan perempuan dekat china atau egypt tau. Promise.. Ramai lagi orang Malaysia.. haha Kan aku ada.. haha


Ok, still..
Err.. I like ur nickname.. Cute.. ^^ (dah blushing ni.. ) haha


Asyik dengar lagu ni je.. suka la.. haha.. 


penyanyi asal Ne yo, One in a million.. Cover najwa latif. Well suara dia sedap..
Mr bF, this is for you.. haha



Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the boys I've been with
Things I've seen it takes much to impress
But sure enough you go it makes your soul stand up from all the rest

I can be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
All the boys don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million boys around but I don't see no one but you

boy you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

You're not a regular boy
You don't give a damn about your look
Talking about I can't do it for you
But you can do it for yourself
Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it
All we do is win baby

I could be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain

Whatever you do it's working
All the boys don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million boys around but I don't see no one but you

Baby you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
boy you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Saturday, June 11, 2011

Sweet-sweet love story

Salam ceria semua.

Ceh, aku sahaja nak mengimbau kisah sweet-sweet love story yang pernah aku saksikan dulu. Actually aku nak buat ini dalam bentuk cerpen tapi kan.. huhu... Aku ni kan payah nak buat cerpen-cerpen yang sweet macam tu. haha.. Oh ok.. aku tak romantik. Huhu..

Time tu, aku pergi ke shopping complex di Kuantan. Erm.. biasalah waktu tu zaman sekolah lagi tau. Rasanya aku dalam form 4. So aku keluar dengan rerakan ok. HUhU.. Biasalah budak-budak sekolah, lepas makan, main bowling and then jalan-jalan.. Erm.. aku cari novel sebenarnya. Usha novel kat situ. Tiba-tiba pandangan aku terpaku pada satu pasangan kekasih kot.. Aku tak sure la kalau dia dah kahwin.

Entah kenapa, aku rasa tertarik dengan pasangan ni. Diorang duduk atas bangku, alah macam pasangan kekasih lain cuma gadis tu OKU dan lelaki tu teramatlah hensem gila bapak.. haha..aku tengok lelaki tu sweet gila layan perempuan tu. Bukan macam abang dengan adik. Tapi macam kekasih. Diorang tengah kongsi ais krim Mcdonalds. Comel giler. Dan lelaki tu macam tak kisah akan fizikal perempuan tu.

Kejap-kejap aku tengok diorang ketawa, kejap-kejap senyum. Aiseh, jeles aku. huhu.. dah la pakwe dia hensem, baik.. dan berdasarkan kasut yang dia pakai, aku rasa lelaki tu anak orang kaya.. haha
Oh ok.. aku dapat petua ni dari kawan aku.. Nak tengok lelaki kaya atau tak.. tengok je kasut dia. kalau mahal, kaya la tu. haha.. Boleh pakai ke pendapat ni? haha

Asyik aku tengok pasangan tu, bF aku tegur aku.

" A***, tengok apa tu?"

" Err.. takde tengok apa-apa.. Just penat pikir nak beli ke tak novel ni."

Dan-dan je aku belek buku kat situ. Mr bF buat muka pelik. Dan baru aku perasan yang aku dah pegang buku bahasa mandarin. haha.. tak sedar, rupanya dalam ralit aku duduk memerhati tu, aku beralih dari rak novel ke rak buku bahasa mandarin.

Untuk cover malu, aku dan-dan je cakap,

" Err.. dah lama tak belek buku mandarin. Rindu nak belajar balik."

Nasib baik la aku ada basic mandarin dulu. Bolehlah mengcover malu. haha..Kantoi tengah usha mamat tu dengan awek dia.
Mr bF sengih-sengih. aku berlalu ke arah rak novel melayu.Dan Mr bF tak habis-habis mengusik.Huhu..

Sampai sekarang aku ingat peristiwa sweet couple tu. Aku harap diorang still bersama la.. Maybe dah kahwin kot.. huhu
Erm.. aku pun nak pakwe macam tu. yang kisah paras rupa atau kekurangan pasangan dia.. haha..Mr bF.. awak pun okay jugak.. kahkahkah..

Okay, jadi teori yang mengatakan cinta tak mengenal paras rupa tu betul la. Cantik itu sangat subjektif. Yeah!

Friday, June 10, 2011

Kenapa awak suka tulis kisah sedih?

Salam semua,

Sekali lagi satu soalan di formspring menarik minat aku untuk menghasilkan entri kali ini. Dan soalannya berbunyi begini..


hai, hazel..kenapa awak suka tulis citer sedih ya..mesti ada sebab kan? mustahillah tak de sebab..huhu..=)


Susahkan soalan dia? Terfikir pula siapalah yang bertanyakan soalan ini. Haha.. just joking. Aku bukanlah suka sangat kisah sedih.Tapi sedih itu kan satu perasaan yang tak boleh dipisahkan dalam lehidupan seharian kita. Mustahillah dalam seumur hidup tak pernah rasa sedih. Sedih tu adalah satu perasaan normal.

Okay, aku mengaku ada sesetengah cerita/ scene yang aku tulis di dalam novel/ cerpen ada aku selitkan sedikit kisah hidup dan ada yang aku ambil dari orang lain. Lagi satu, aku perasan, kisah novel /cerpen yang sedih-sedih ni, ada peminat dia sendiri. Kalau tak, mana ada orang nak jenguk kisah Siapakah kekasih hatiku? tu. Hehe..

Bukan aku tak pernah cuba tulis novel sweet atau lovely-dovey love story tapi setiap kali aku start.. payah nak habiskan. Cerpen thriller pun aku try tulis tapi kan.. baru satu muka surat, meremang bulu tengkuk aku. Dah tu macam mana. Bila aku tulis cerita sedih-sedih dalam dua tiga hari dah siap satu cerpen. Kalau time tu idea melimpah-ruah satu malam dah siap satu cerpen 12 muka surat.

So, Kenapa aku suka tulis kisah sedih? Sebab aku suka kisah sedih seba hidup takkan selamanya happy. Kan aku selalu baca DCCK. So, aku jadikan cerita untuk dihayati dan direnung bersama..

Okay peace.. till next time
Assalamualaikum

Thursday, June 9, 2011

Awak ni novelis ke?

Salam semua

Aku jengah formspring tadi. Ada satu soalan yang menarik hatiku untuk membuat satu entri.
"Awak ni novelis ke?"
Haa.. tu dia. soalannya. Terkedu kejap. Jari-jemari aku kaku. Kejap aku taip dan kejap aku delete balik. Kesimpulannya aku tak tahu nak jawab apa bila orang tanya aku ni novelis ke tak?

Hurm mungkin aku novelis tapi mungkin juga tak. Memandangkan novel Siapakah kekasih hatiku? yang tak siap-siap sampai ke hari aku menaip ni, aku tak boleh dengan bangga dan riaknya menyatakan aku seorang novelis. Aku rasa tak sesuai. Seakan ada something yang missing. Erm.. tengok tu, aku campurkan bahasa melayu dengan inggeris. haha

Tapi aku akui, memang aku menulis. Dari sekolah lagi, aku suka tulis cerpen tapi mostly dalam bahasa inggeris la. Waktu tu, aku ingat lagi, soalan SPM paper bahasa inggeris, aku jawab dengan menulis cerpen kasih sayang abang dengan adik. haha Kelakar pula bila kenang semula.

Aku tulis juga cerpen bahasa Melayu. Waktu tu ada tema sempena hari kemerdekaan So, aku tulis mengenai kisah anak murid yang miskin yang menyelami erti kemerdekaan dalam kehidupan hariannya. Erm, cerpen ni agak berat la jugak mesejnya. Tak tercapai dek akal macam mana aku boleh tulis cerpen macam tu.

Sekarang ni, aku tulis genre kisah cinta sedih-sedih. Hurm tak tahu la kenapa. Memang totally opposite dengan sikap aku yang agak ceria dan mulut kepoh ni. Haha.. Antara blog yang aku suka jengah adalah DCCK ataupun lebih dikenali sebagai di celah-celah kehidupan.  Entah mengapa aku suka benar membaca kisah hidup orang lain. Mungkin itu salah satu cara bagi mendapatkan idea dalam penulisan. Aku suka perhatikan orang. Erm tapi aku bukan stalker tau. Aku baik. haha..

Kadang-kadang tiba-tiba satu hari tu aku senyap, kawan-kawan mesti pelik bin ajaib. Sebenarnya bukan aku bad  mood ke apa cuma nak terbitkan mood nak buat novel atau cerpen. Cerpen sedih yang aku karang mesti kena sentap hati aku dulu, baru aku publish. Macam entri SKH aku tulis tu. Kalau aku nak buat scene sedih, aku akan pastikan bila aku baca semula entri tu sebelum post.. bila entri tu buat aku sebak, baru aku post. Kalau tak.. Dalam Personal security disk la jawapnya. Simpan dan edit next time.

Mengenai persoalan itu, aku jawab aku penulis enovel je. Valid tak jawapan aku ni? haha

Okay till next time. tata
Assalamualaikum..

Mr Bf sila hantar emel..ini arahan

Hari-hari aku buka emel. Langsung takde emel dari dia. Kejap sign in kejap sign out. Itu sajalah yang aku buat bila inbox tak ada emel dari Mr bF.

Hello Mr bF. bila awak nak hantar emel kat saya ni?

Emel dari facebook, dan lain-lain memenuhkan inbox jep. Hurm.. tapi emel Mr bF? Mana-mana?
Hari-hari aku duduk tenung laptop sebab tunggu emel Mr bF tapi hurm..hampeh.. Erm.. patutkah aku cari yang lain.
Semalam pergi rumah pengantin ramai je yang hensem. Bolehlah masuk jarum.. Ehem.. Eh tak boleh.. tak boleh.. hidup perlu setia. kan.. kan..

Tapi kan Mr bF, kalau awak buat saya macam ni, hurm dengan berat hatinya saya cari yang lain. Awak pun tak nak kan?

Err.. ke awak nak? Jangan la paksa saya macam ni. haha

Aku terpaksa bercakap dengan laptop menggunakan isyarat jari. Erm dalam erti kata lain.. menaip.
Hurm payah macam ni, nak berhubung pun guna emel. Tak boleh ke kalau aku hantar surat pos express, surat layang ke? haaa... tak boleh ke?


Mr. bF, kalau awak baca coretan saya ni. Saya arahkan awak cepat hantar emel kat saya ok.
takde tapi-tapi. ini arahan tau.. Dari kiri hantar emel (gaya kawad)

Aku rasa ini simptom glukos berkurangan dalam badan.. haha.. Sebab tu buat entri pelik macam ni.. Alahai cik hazel.

Wednesday, June 8, 2011

Lagu hit atau artis itu sendiri?

Aku pernah menjadi peminat lagu siti satu ketika dulu. Apa yang boleh aku cakapkan, suara Siti memang sedap tapi entahlah sekarang aku rasa Siti tak mampu lagi membawa satu fenomena pada diriku. Aku tak tahu orang lain tapi pada aku tak.

Aku bukan minat artis kerana diri artis tu sendiri. Aku tak kisah apa kontroversi yang artis tu hadapi tapi kalau suara dia sedap, lagu pun boleh layan.. aku on je dengar lagu.. Tapi pasal siti ni, hurm.. mungkin lagu yang dinyanyikan dia sudah kurang enak di telingaku. Tapi aku still lagi dengar lagu lama, contoh nirmala, balqis dan yang aku paling suka jerat percintaan.

Pada aku, naik turun artis malaysia ni adalah kerana lagu hit. kalau takde lagu yang hit memang payah nak lekat dalam industri ni. Tapi kalau ada lagu hit, insyaallah boleh la lekat. Aku tak pasti orang lain macam mana sebab kalau aku minat, aku minat lagu bukan artis.

Kadang-kadang aku tengok banyak artis ni suara sedap, tapi tak ade lagu. So, tak hit la. Tu salma mentor dan ieqa mentor tu.. Suara sedap tapi tak sure la boleh tahan lama tak dalam industri. Kalau takde lagu, alamatnya tak lama la..Sebab tu kot diorang diberi peluang menyanyikan lagu sendiri dalam mentor akhir. Sebab kalau suara sedap, tapi tak ada lagu, memang payah.

Tapi aku harap, diorang tahan lama la. Dah diasuh oleh mentor berpengalaman kan.
okay la..
ni aku selitkan sekali lagu iqa mentor. Di penghujungnya...

Okay la.. bagi aku lagu hit tu penting sebab mana-mana artis pun akan mengalami kontroversi. Sebaik mana artis, mesti ada kontroversinya sendiri. Entahlah, kalau nak masuk dunia artis ni sediakan payung sebelum hujan.. Tu je yang aku nak cakap. 

Tapi pasal kpop, jpop aku tak sure.. Hanya mereka yang minat je yang tahu. Aku pun layan juga tapi tak la fanatik. Suka sikit-sikit je. Okay peace..

Pages