Monday, October 27, 2014

Coretan Hati

Hai,

Apa khabar? Sihat? Rasanya dekat dua tahun Hazel tak post apa-apa kat blog. Sama ada blog True Confession atau Tinta Senorita. Entah masih ada yang baca pun Hazel tak pasti. Hazel masih di sini. Dah Dua tahun. Rindu nak menulis dengan rancak. Rindu sangat. Rindu semangat nak jadi novelis macam dulu walaupun hanya mampu menulis di alam maya. 

Setelah menghilangkan diri selama setahun lebih. Jari-jemari sudah gian nak menaip. Terlalu rindu. Namun, kesihatan tak pernah memberi ruang.  Idea-idea yang terlayar di fikiran tak terzahir kala jari jemari sedang menaip lantas skrin laptop terbiar kosong. Putih bersih tanpa sebaris ayat.

Laman sosial facebook Hazel jengah. Itu pun bukan selalu. jika ada masa, hazel buka. Laptop Hazel pula diformat. Yay.... sesetengah bab dari skh dan mci yang tak sempat di back up terformat sekali. Yay! Jadi, misi memburu idea kembali lagi. 

Oh, Hazel cuma nak beritahu, sebenarnya Hazel baru sihat. Dulu, sakit tapi buat tak tahu je sehinggalah doktor diagnose sakit dah tahap agak teruk, baru terkial-kial nak cari ubat. Dan masa itu hazel sedar betapa besarnya nikmat kesihatan.

Bila badan tak mampu lagi gagah berdiri. 
Bila badan mengerekot menahan sakit.
Bila kaki tak gagah berlari
 
Bila nikmat selera makan ditarik.
Bila wajah pucat lesi
Bila senyum segalanya hambar

Waktu itu baru sedar yang besarnya nikmat kesihatan yang Allah beri. Lepas dapat tahu mengenai penyakit tu, hari-hari Hazel menangis. Cakap telefon dengan si Cinta Hati pun menangis.

 Bila dia tanya:
"Awak okay tak?"

Waktu tu berderai air mata. Mula la menangis teresak-esak. Tapi bila depan mak dan abah. Hazel tak menangis pun. Sakit pon tahan sendiri. Menangis dalam bilik sorang-sorang.

Bila jumpa doktor, selalu kena ambil sampel darah. Sampai kat lengan dah penuh dengan kesan lebam bekas jarum. Pernah sekali doktor silap bagi ubat. Satu badan kena allergik. Kena masuk air dalam badan. Setiap hari kena makan ubat. Seksanya bila ingat. Hu-Hu

Dan...
Dulu Hazel selalu ragu-ragu pasal nak kahwin dengan si Cinta Hati. Dan selama Hazel sakit (rasa macam nyawa tak panjang), Hazel pernah suruh dia tinggalkan Hazel. Erm.. macam skrip novel je kan. Tapi dia tak nak... Dia kata nak kahwin juga walaupun sehari. Ceh... ceh.. macam pengaruh novel dan drama korea je kan. Tapi Hazel nampak keikhlasan dia, sanggup ambil annual leave sebab nak hantar Hazel pergi check up, belikan makanan yang Hazel suka. 

Hari-hari check, kalau Hazel bawak ubat tak dalam handbag. Bila dah sihat sikit, nak keluar dating pon hand bag kena spotcheck. Kalau lupa bawak, sanggup patah balik ambil ubat kat rumah, Hu-hu. Kalau Hazel mekap tebal, mesti kena marah. Sebab nak tutup muka pucat. (Sebab sewaktu sihat dulu, mekap tu tak pernah nak tebal sangat)

Sekarang, dah completely recover. Alhamdullilah. Dan hikmah sakit kan... bila Hazel sakit, Hazel lagi banyak masa mengaji, berzikir, solat wajib dan sunat. Semua benda-benda yang Hazel tak biasa nak buat zaman tak sakit. Solat wajib tu biasa.... Mengaji tu tak la hari-hari. Sekarang ni, sedang ke arah istiqomah. Even, naik kereta pon baca doa, selawat... zikir... Setiap hari tak lupa Dhuha.

Jadi, sakit tu memang bagi hikmah pada Hazel. Mungkin Hazel belum mencapai tahap muslimah yang sempurna but trust me... Hazel sedang berusaha ke arah itu. Hazel bukan menulis ni untuk menunjuk-nunjuk yang Hazel ni Alim sangat. Tak... tak ada niat pun. Hazel cuma nak kongsikan apa yang Hazel belajar dari sakit yang Hazel lalui.

Dan doakan Hazel istiqamah ya semua. Dan Hazel doakan semua baik-baik sahaja. 

Sekian , wassalam

P/s: Hazel sayang semua. :)

Wednesday, May 29, 2013

Saya Sayang Awak

Saya sibuk.

Sorry awak. saya sibuk...  Itu sahaja yang saya ucap sejak kita bertemu pagi tadi. Sedari pukul 8 pagi awak dah terpacak di hadapan pintu rumah saya.. dengan harapan saya akan keluar dengan awak.

Maaf awak, masa saya terlalu sedikit dan masa yang sedikit itu saya nak manfaatkan dengan melakukan kerja-kerja tertunggak saya. Awak.. e novel saya tak siap lagi....

tapi takkan saya nak bagitau awak yang saya menulis enovel... Awak tahu saya bukan awek jiwang.. Saya keras, degil, suka ikut kepala sendiri.. suka marah-marah... hurm.. mesti awak pening dengan saya kan...

Tiap-tiap pagi,
Tiap-tiap malam, awak takkan lupa untuk call saya. Awak angau ek? haha
Tapi awak.. saya perlukan masa. Saya nak cari ruang untuk menulis.
Susah nak menulis bila awak tengah merajuk... staff kat tempat kerja buat hal...Kawan-kawan asyik perli- perli... Susah tau awak..

Awak,
Awak tahu kan, saya kerja shift...? Penat kan.. Kerja malam sampai pukul 2 pagi.. lepas tu cuti satu hari je.. esok pulak kena kerja pagi... Jalan jammed, tempat kerja jauh..

Hurm.. saya penat awak...
Kalau boleh.. saya nak ambil cuti 2 hari dan duduk dalam rumah je... mengadap laptop dan menulis.
Ya, jiwa saya suka menulis awak... suka menulis..

Awak...
Saya suka keluar dengan awak... thanx sebab belikan ubat untuk saya bila saya demam.. Thanx sebab selalu ada waktu saya sakit, homesick, dan tension....

Dan disebabkan tu, saya memang tak boleh nak tolak kalau awak ajak saya keluar... Dan saya kasihan nak suruh awak balik kalau awak dah terpacak depan rumah saya.. dengan bungkusan hadiah...sambil ucapkan...

"Selamat hari jadi Sayang...."

Awak.....thanx untuk hadiah tu.. saya suka...Tapi malam ni.. biarlah saya rehat ya... Saya penat.. esok ada kerja penting nak disiapkan.. Awak...Saya sayang awak.!!

Friday, August 3, 2012

Random

Hazel selalu menulis enovel cinta sedih-sedih.
Entah, mungkin kerana enovel kisah sedih-sedih ni ada peminat dia sendiri. Atau mungkin Hazel yang ada masalah untuk menulis enovel atau cerita sweet-sweet.

Tapi sejak kebelakangan ini, Hazel dah jumpa inspirasi untuk menghasilkan kisah cinta sweet-sweet. Opps maaf, Hazel bukanlah seorang yang sweet atau yang romantik. Jiwang? haha.. Lagilah jauh walaupun ada la jugak suka lagu-lagu versi 90-an dulu. HaHA

Entah cuma dia... Lain.. Yup.. Lain dari yang Hazel pernah jumpa. Yalah, biasanya jenis lelaki yang Hazel jumpa selalunya:
  1. Anak orang kaya
  2. Muka sombong plus berlagak tapi hati baik
  3. Suka tunjuk hebat
  4. Gentlemen in certain case only
  5. Pandai dan kewangan sendiri mantap
  6. Tak berapa suka aktiviti lasak
  7. Tak pandai memasak
  8. Ayat tak berapa nak manis kalau bercakap
But dia..
  1. Muka jambu (haha)
  2. Pandai Silat dan sukakan aktiviti lasak
  3. Pandai masak
  4. Family dia biasa sahaja
  5. Suka cakap benda manis. (erm.. macam playboy je kan.)
  6. Alim dan anak mak.
  7. Gentlemen dalam segala hal.
Erm.. Hazel pun tak tahu kenapa setiap lelaki yang Hazel jumpa biasanya berasal dari anak orang berada dan mostly ada rupa. Ala sama macam novel tu. But, bukan itu yang dipentingkan.. Yang penting hati kan.. betol tak?

Okay la.. dah mengarut ni.. hehe.. selamat Malam semua. Ya..!!!

Saturday, June 23, 2012

Terima kasih

Ada banyak benda yang aku fikirkan sekarang.
Kadang kala benda yang tak relevan pun aku sibuk nak fikir.
Entah.
Aku sendiri tak sedar sejak bila aku begini. Desakan?
Emel-emel dia aku baca berkali-kali. Adakah aku telah memberikan sign of rejection? Kerana dia tak lagi mahu menghubungi.
Dia tak lagi mahu berbalas emel seperti selalu. Aku buntu. Aku keliru. Terasa diri bagai dipermainkan.
Beberapa emel aku tidak berbalas. Selalunya dia rajin membalas. Dia rajin bertanya. Tapi kini dia senyap. Bukan sekali, malah sudah beberapa kali dia begitu.
Mengapa dia selalu muncul apabila hati ini makin tawar dengan sikapnya?
Dia muncul bila hati ini inginkan satu kehidupan yang baru. Dia muncul!

Aku penat. Serius.
Bukan aku tak mahu mempunyai taman dalam hati.
tapi setiap kali bunga dalam hati mula berputik, dia sudah taburkan duri dalam hati. Terima kasih. Kerana menjadikan aku seorang gadis beku tak berperasaan. Terima kasih kerana buat aku tertunggu-tunggu. Terima kasih kerana buat aku tertanya-tanya status diri saya.
Terima kasih ....

Saturday, April 28, 2012

Emel dari dia

sumber

Sign in. Sign out
Sign in. Sign out.
Gmail itu telah beberapa kali dia buka. Setiap jam dia buka emel. Inbox emelnya masih lagi begitu. Hanya ada emel-emel kaku dari laman-laman sosial yang bertamu. Lantas tangannya pantas mencapai tetikus yang berwarna pink. 

Klik. 
Klik
Klik
Emel-emel itu diklik. Ya, hanya notifikasi akaun facebook. Klik lagi. Ya, hanya notifikasi akaun blogger. Klik lagi. Notifikasi dari akaun twitter.
Tiada sesiapakah yang menghantar emel kepadanya? Dia tersenyum tawar. Dia penat. Penat menanti pada yang tidak pasti.
Lantas, akaun gmailnya di-sign-out. 

Dia kembali meneruskan kerja-kerjanya. Laporan-laporan yang perlu disiapkan ditaip dengan pantas. Jari-jemarinya lenguh. Entah mengapa, dia membuka lagi akaun emelnya.

Dan kali ini, senyumannya melebar. Dia tersenyum dalam kekeliruan. 
Emel itu diklik. Ya, dari dia.

Satu ayat.
Dua ayat.
Tiga ayat.
Hanya tiga ayat. Namun emel pendek itu mampu membuatkan dia terkedu. Dan emel pendek itu mampu membuatkan dia bagai nak gila. Mengapakah?
Jari-jemarinya terus menaip. Baru satu ayat ditaip, butang backspace ditekan. Habis satu ayat. Sekali lagi dia menaip. Namun sekali lagi butang backspace ditekan. Dia pening. Padahal begitu lama dia menunggu emel dari dia.
sumber

Sekali lagi dia menaip. 
Namun gabungan ayat-ayat itu masih lagi tidak memuaskan hatinya. Lantas butang backspace ditekan lagi. Dia mengeluh perlahan. Suasana dingin dan sunyi di dalam office membuatkan dia resah. Perut masih perlu diisi dan jam sudah menginjak ke jam 1.30 petang.

Kali ini dia menghela nafas. Satu persatu huruf di papan kekunci dia tekan membentuk satu perkataan. Perkataan-perkataan itu membentuk satu ayat. Dan dari ayat membentuk satu perenggan. Beberapa kali dia membaca ayat-ayat yang ditaip. Dia begitu teruja untuk membalasnya. Butang send ditekan. Dia tersenyum sendirian sebelum menuju ke pantri. Perut perlu diisi.

Dalam hati dia tertanya-tanya. Mengapa dia muncul kembali saat dirinya hampir luput dalam ingatan ini? Dia buntu. Dia keliru.Adakah hatinya bakal terluka lagi?

Dia tidak pasti.

P/s: 
Kadang kala kita tak mampu nak lupakan seseorang yang telah lama dalam hati. Walaupun kerap kali dilukai, mengapa si gadis masih lagi menanti? Hazel tak faham. :)



















Sunday, April 22, 2012

Rungutan awak yang saya suka


Awak,
Ada banyak benda yang awak rungutkan
Buat itu salah,
Buat ini salah.
Saya masak, awak merungut
Saya tak masak, lagilah awak merungut
Tapi tak apa, 
Sebab dalam awak merungut berlori-lori
Awak makan sampai licin semua lauk atas meja
Saya suka.

Ada banyak benda yang awak rungutkan
Saya pakai tudung
Awak suruh pakai selendang
Saya pakai bedak
Awak suruh pakai mekap
Saya pakai selipar
Awak suruh pakai heels
Tapi dalam sibuk-sibuk duduk merungut tu
Awak belikan semua untuk saya berubah
Bukan hanya sekadar cakap
Saya suka

Bila kita berjalan berdua
Ramai yang akan memandang awak
Awak baik, kacak, dan ehem agak berada

Tapi saya..
Biasa-biasa sahaja
Mungkin ada yang akan cakap kita tidak sepadan
Tapi awak masih buat tak kisah
Kata awak yang penting hati
Benda lain tak payah nak kisah sangat
Itu kata awak
Dan... saya suka.

Banyak benda yang saya suka mengenai awak
bukan sekadar luaran, tapi dalaman awak yang saya suka
Dan kat sini saya nak cakap...

SAYA SUKA AWAK!!!

P/S: Tiba-tiba ada ilham nak buat luahan jiwang karat di sini.

Thursday, April 19, 2012

Awak... saya lepaskan awak.

Awak...
Maaf kalau saya tidak selalu call
Bukan saya tidak mahu call
Saya cuma malu dan segan dengan awak
Lagipun kalau saya selalu call... Awak mesti rimas kan..

Awak..
Maaf kalau saya tidak selalu mesej
Bukan sebab kredit tak ada
Cuma saya tak nak penuhkan inbox awak dengan ucapan good morning atau good night
Lagipun, saya tahu awak mesti malas nak balas kan.

Awak..
Maaf sebab saya selalu tidak ada di sisi
Saya sibuk..
Saya tahu tu.
Awak mungkin sukakan perempuan yang selalu ada di sisi.
Tapi, awak tahu saya memang sibuk dari mula kan?
Jadi, saya minta... janganlah merungut atas kesibukkan saya.
Sepertimana saya terima awak seadanya...
Saya mahu awak terima saya seadanya

Awak,
Saya dengar awak dah mula ada perasaan pada yang lain
Saya tahu...
Mungkin kesibukkan saya menyebabkan awak mula berpaling mencari yang lain.
Tak apa awak.
Jika awak rasa dia lebih sesuai dengan awak...
Awak pergilah.
Saya akan senyum dan sokong apa yang terbaik untuk awak.

Awak,
Saya tahu sampai masa awak akan melangkah pergi dari hidup saya.
Dan awak jangan risaukan saya.
Lebih baik awak berterus-terang bahawa awak punya yang lain 
Daripada awak terus-terusan menipu diri saya dan awak.
Jadi... jangan takut saya terluka.
Saya kuat dan saya tahu awak tahu itu. 

Awak,
Saya akan jaga diri saya sebaiknya untuk si dia yang entah bila akan muncul
Si dia yang akan menjadi yang sah untuk saya.
Dan jangan bimbang.. 
Jika benar kita berjodoh..
Pasti kita akan disatukan jika tiba masanya.

Awak...
Jaga diri awak
dan saya akan jaga diri saya.

P/s: Mencintai tak semestinya memiliki. Membenarkan orang lain bahagia dengan orang yang mereka sayang adalah jalan terbaik. :)

Pages